Glow text generator Text generator

Terima Kasih Kepada Mereka2 Yg Mengikuti Iklaneka

[ads] Buat duit lumayan tanpa modal di Facebook, Blog & Tweeter Sekarang! Setiap klik dibayar RM0.20 hingga RM0.40! Daftar di sini #ChurpChurp

[ads] Dapatkan Produk Bioasli Anda Dan Nikmati Hidup Yang Lebih Bermakna Di sini # BioAsli

[ads] Ersano Perfume 1 lagi produk keluaran anak tempatan menampilkan 13 jenis haruman yang menawan, pastinya tiada alkohol. # Haruman Menawan Pasti Berkenan

Tuesday, July 12, 2011

Cara Baru Aduan Tribunal Tuntutan Pengguna TTPM


Kaedah baru aduan tribunal tuntutan


KUALA LUMPUR: Pengguna kini mempunyai satu lagi kaedah baru memfailkan aduan dengan Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) iaitu menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).


Malah langkah semudah itu menjamin pengguna bahawa aduan mereka akan mendapat perhatian pegawai TTPM dalam tempoh tiga hari bekerja.

Melalui kaedah pilihan itu, yang diperkenalkan pada 15 Jun lalu, pengguna hanya perlu menaip TTPM (Nombor kad Pengenalan) (Nama Penuh) (Alamat Penuh) (Tuntutan) dan hantar ke 15888.

Ramai pengguna melihat perkhidmatan itu sebagai mudah dan memanfaatkan khususnya kepada penduduk luar bandar atau mereka di kawasan pedalaman yang kini tidak perlu berjalan jauh semata-mata untuk hanya mendaftarkan kes tuntutan.

Statistik Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan kepenggunaan (KPDNKK) menunjukkan sejumlah 4,542 kes difailkan dengan TTPM dari 1 Jan hingga 31 Mei tahun ini berbanding 2,272 kes pada tempoh masa sama tahun lepas.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...