Glow text generator Text generator

Terima Kasih Kepada Mereka2 Yg Mengikuti Iklaneka

[ads] Buat duit lumayan tanpa modal di Facebook, Blog & Tweeter Sekarang! Setiap klik dibayar RM0.20 hingga RM0.40! Daftar di sini #ChurpChurp

[ads] Dapatkan Produk Bioasli Anda Dan Nikmati Hidup Yang Lebih Bermakna Di sini # BioAsli

[ads] Ersano Perfume 1 lagi produk keluaran anak tempatan menampilkan 13 jenis haruman yang menawan, pastinya tiada alkohol. # Haruman Menawan Pasti Berkenan

Sunday, July 31, 2011

Artis Terkenal Jadi Sasaran Hackers


KUALA LUMPUR: Ramai artis dan selebriti popular tanah air dipercayai menjadi mangsa penggodam dan individu tidak bertanggungjawab yang menyalahgunakan laman sosial selebriti terbabit untuk tujuan tertentu sejak kebelakangan ini.

NEELOFA... bimbang nama kena ‘jual’
ndividu tidak bertanggungjawab yang celik teknologi maklumat (IT) itu sewenang-wenangnya menggunakan identiti palsu, nama dan gambar artis berkenaan untuk kepentingan peribadi.

Sebagai contoh, ada 30 akaun Facebook (FB) bagi pelakon popular, Shaheizy Sam Samad, sedangkan pelakon terbabit mengakui dia hanya memiliki satu akaun.

Tahun lalu, pengacara dan penyampai radio popular, Fara Fauzana antara selebriti yang menjadi mangsa apabila akaun FB miliknya dicerobohi individu tidak bertanggungjawab.



Turut menjadi mangsa kegiatan sama adalah Neelofa, Waheeda, Akhil Hayy, Farah Waheeda dan Linda Onn.
Lazimnya, individu berkenaan menyasarkan artis yang memiliki nama besar, sama ada di segi populariti atau mereka yang memiliki pakej lengkap, termasuk rupa paras cantik atau tampan.
GAMBAR: SHAHEIZY... gusar timbul masalahIkuti penjelasan artis tempatan yang menjadi mangsa terhadap permasalahan ini:


  • Neelofa Mohd Noor

    Pada mulanya, pelakon meningkat naik ini tidak tahu ada individu mempergunakan nama dan gambarnya di laman sosial FB.

    Neelofa berkata, sebelum ini dia pernah cuba mencari namanya di FB bagi memastikan jika ada orang cuba menyamar menjadi dirinya, namun tidak berjaya.

    “Saya terkejut mengetahui ada juga yang menyamar menjadi diri saya. Perbuatan ini sememangnya membimbangkan.

    “Kemungkinan negatif juga wujud apabila segelintir pihak cuba ‘menjual’ nama saya untuk tujuan tidak baik serta mampu menyebar fitnah,” katanya.

    Pun begitu, pelakon berusia 22 tahun itu yakin peminat dapat membezakan akaun FB sebenar milikinya atau ia akaun ‘penyamar’.

    Di laman FB, Neelofa menggunakan akaun dengan nama Neelofa Mohd Noor. Dalam akaun terbabit, dia kerap memuat turun koleksi gambar peribadi setiap kali menghadiri sesi fotografi dan lokasi penggambaran.

    Neefola turut selesa menggunakan Twitter sebagai wadah berkomunikasi bersama peminat yang dianggap lebih memudahkan berbanding laman sosial lain.

    Neelofa turut meminta individu yang mempergunakan identitinya supaya menghentikan perbuatan mereka kerana ia berkait rapat dengan maruah diri dan keluarganya jika timbul isu di kemudian hari.

    Tinjauan Metro Ahad mendapati lima akaun FB dibuka atas nama Neelofa, antaranya Neelofa Mohd Noor, Noor Neelofa Mohd Noor dan Nee- lofa Mohd Noor Official.




  • Fara Fauzana

    Pengalaman ketika laman sosial FB miliknya digodam tahun lalu memberi banyak pengajaran kepada pengacara dan penyampai radio popular, Fara Fauzana.

    Tidak cukup setakat itu, akaun laman sosial Twitternya juga nyaris mengalami nasib sama.

    Bagi Fara, perbuatan menceroboh laman sosialnya sungguh mengecewakan dan ia boleh memberi kesan negatif terhadap diri serta kariernya jika ia berlanjutan.

    Mengimbas pengalaman menjadi mangsa penggodam, Fara berkata, dia hanya menyedari akaunnya digodam apabila gagal memuat turun gambar ke laman sosial berkenaan.

    “Saya kecewa dengan perbuatan individu berkenaan kerana saya tidak pernah mengganggu hidup orang lain, malah kebanyakan status saya dalam laman web terbabit hanya berkaitan dengan diri dan kerjaya saya.

    “Sebelum kejadian itu, saya pernah menjadi antara lima pemilik akaun (FB) yang memiliki pengikut hampir satu juta, iaitu lebih 800,000 seperti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak serta pelakon, Lisa Surihani,” katanya.

    Fara menggunakan nama Realfafau dalam akaun FB miliknya dan mempunyai 46,423 pengikut.

    “Selepas akaun saya digodam, tidak ramai peminat mengikuti (laman web) FB saya. Untuk mencapai angka 100,000 pun seakan-akan mustahil,” katanya.

    Kini, Fara lebih berhati-hati mengendalikan laman sosialnya. Untuk itu, dia mengambil langkah keselamatan, termasuk menukar kata laluan setiap minggu.

    Fara berkata, di laman FB dia menyedari ada individu mempergunakan nama dan gambarnya, namun dia tidak mahu ambil pusing mengenainya.

    “Selagi ia tidak menimbulkan masalah dan individu terbabit tidak ‘menjaja’ nama saya untuk tujuan tidak baik, ia bukan masalah,” katanya.




  • Shaheizy Sam

    Penerima anugerah Bintang Paling Popular menerusi Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011, Shaheizy Sam mengakui ada individu menggunakan nama dan gambarnya sebagai profil akaun FB.

    Bagaimanapun, pelakon yang terkenal menerusi filem Adnan Sempit itu berpendapat, belum tiba masa untuk dia membuat teguran berikutan penyamar berkenaan tidak memberi kesan atau masalah kepadanya serta peminat.

    “Apapun, itu tidak bermakna saya ambil ringan perkara ini. Saya nasihatkan penyamar ini supaya menghentikan perbuatan mereka kerana ia mungkin menimbulkan salah faham di kalangan peminat.

    “Yang saya bimbangkan jika penyamar berkenaan mengemas kini status mengikut emosi mereka, sekali gus menunjukkan saya meluahkannya, sedangkan ia adalah sebaliknya,” katanya.

    Di FB, Shaheizy menggunakan akaun bernama Shaheizy Sam Samad yang mempunyai 864,217 pengikut.

    Tinjauan Metro Ahad mendapati lebih 30 akaun FB menggunakan nama dan gambar pelakon berkenaan sebagai profil akaun.




  • Linda Onn

    Mei lalu, akaun FB pengacara radio popular, Linda Onn digodam oleh kumpulan penggodam yang menggelar diri mereka sebagai RileksCrews, iaitu kumpulan sama menggodam laman peminat FB Hot.FM beberapa minggu sebelum itu.

    Yang pasti, pengalaman itu memberi pengajaran besar buat Linda. Baginya, tindakan individu terbabit tidak bertanggungjawab dan boleh menimbulkan salah faham serta fitnah kepada umum.

    “Bayangkan apa mereka (penggodam) boleh lakukan jika akaun (laman sosial) seseorang digodam. Ia perbuatan sangat tidak bertanggungjawab dan menyusahkan orang lain,” katanya.

    Mengimbas pengalaman pahit akaun FBnya digodam, Linda berkata, dia bernasib baik dibantu peminatnya dari Linda Onn’s Orange Klub (Look) untuk mendapatkan semula akaunnya digodam itu.

    “Mereka juga membantu saya mengemas kini akaun dan kata laluan (password) supaya tidak timbul masalah sama pada masa depan,” katanya.

    Linda berkata, dia tidak dinafikan laman sosial seperti FB dan Twitter penting untuk selebriti berinteraksi dengan peminat, selain satu cara untuk melebarkan sayap bagi menarik peminat baru.

    “Pun begitu, mereka (selebriti) perlu berhati-hati. Linda sendiri dah kena, dan tindakan itu memang mengecewakan.

    “Kita sepatutnya manfaatkan laman sosial berkenaan untuk tujuan baik dan positif, bukan menjatuhkan orang lain,” katanya.



  • Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...