Glow text generator Text generator

Terima Kasih Kepada Mereka2 Yg Mengikuti Iklaneka

[ads] Buat duit lumayan tanpa modal di Facebook, Blog & Tweeter Sekarang! Setiap klik dibayar RM0.20 hingga RM0.40! Daftar di sini #ChurpChurp

[ads] Dapatkan Produk Bioasli Anda Dan Nikmati Hidup Yang Lebih Bermakna Di sini # BioAsli

[ads] Ersano Perfume 1 lagi produk keluaran anak tempatan menampilkan 13 jenis haruman yang menawan, pastinya tiada alkohol. # Haruman Menawan Pasti Berkenan

Friday, July 15, 2011

Sosilawati - Unit Anjing Pengesan K9 Tak Dapat Kesan Mayat


SHAH ALAM: Tiada mayat atau tulang manusia dikesan Unit Anjing Pengesan (K9) ketika haiwan itu dilepaskan ke Ladang Gadong, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat, Banting, milik tertuduh pertama dalam kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain pada 9 September 2010.
TENANG...Denis ketika menghadiri perbicaraan di Mahkamah Tinggi Shah Alam, semalam. Gambar kecil, Zainol.
Pegawai Staf D9 Unit Siasatan Khas Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, Superintendan Denis Leong Sung Kuai, memberitahu demikian dalam perbicaraan kes bunuh Sosilawati, 47; pemandunya, Kamaruddin Shamsudin, 44; pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, di Mahkamah Tinggi, semalam.

Denis yang juga saksi pendakwaan ke-27 pada hari kesembilan perbicaraan, memberi keterangan ketika menjawab soalan balas peguam bela Amer Hamzah Arshad, berhubung penggunaan dua anjing baka Jerman yang terlatih mengesan bau mayat ketika siasatan dilakukan.


AMER: Setuju saya katakan bahawa unit K9 dibawa masuk mencari barang bukti?

DENIS: Setuju.

AMER: Setuju saya katakan K9 adalah anjing yang dilatih mengesan barang bukti melalui deria bau?

DENIS: Anjing yang dibawa adalah Cadaver iaitu dilatih mengesan bau mayat mereput.

AMER: Ada K9 menemui sebarang mayat di dalam ladang itu?

DENIS: Tidak ada.

AMER: Ada pasukan itu mengesan sebarang tulang manusia pada hari siasatan itu?

DENIS: Tidak ada.

AMER: Dalam laporan polis hasil siasatan dibuat kamu, ia mengatakan membuat pemeriksaan dalam kawasan ladang. Adakah ia bermaksud tiga pasukan iaitu pasukan kamu, pasukan Asisten Superintendan Azizan dan pasukan K9?

DENIS: Ya.

AMER: Berdasarkan laporan polis ini, adakah kamu mempunyai sebab tidak melaporkan bahawa tiada sebarang penemuan dibuat di dalam kawasan ladang itu?
DENIS: Saya tidak mempunyai sebab.

AMER: Polis perlu melakukan siasatan secara menyeluruh dan tidak berat sebelah?

DENIS: Ya.

AMER: Maklumat seperti ini iaitu tiada sebarang penemuan dibuat adalah penting dan perlu dimasukkan ke dalam laporan polis?

DENIS: Ya.

AMER: Tetapi kamu masih tidak memasukkannya?

DENIS: Ya, saya tidak masukkan.


Tiga pekerja ladang, T Thilaiyalagan, 20; R Matan, 21; dan R Khatavarayan, 31, bersama-sama majikan mereka yang juga bekas peguam, N Pathmanabhan, 42, didakwa membunuh semua mangsa di Lot 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting, antara jam 8.30 malam dan 9.45 malam, 30 Ogos tahun lalu.

Rakan mereka, U Suresh, 27, dan K Sarawanan, 20, kini menjalani hukuman penjara 20 tahun selepas mengaku bersalah melupuskan bahan bukti pembunuhan apabila membakar dan membuang abu mangsa.

Sementara itu menjawab soalan peguam bela, Gurbachan Singh, Denis mengakui pada 9 September 2010, polis membawa jengkaut masuk ke ladang itu bagi mengaut tanah untuk mencari bukti.

Menurutnya, jengkaut itu digunakan untuk menggali di kawasan hadapan ladang di sebelah kiri, sekitar kawasan rumah kayu dan kawasan pondok rehat.


GURBACHAN: Pasukan kamu yang membawanya?

DENIS: Ya.

GURBACHAN: Tetapi ia tidak disebut di dalam laporan polis?

DENIS: Ya.

GURBACHAN: Berapa lama menggali?

DENIS: Lebih kurang setengah jam.

GURBACHAN: Bagaimanapun tiada sebarang penemuan bukti?

DENIS: Tiada.

GURBACHAN: Di mana ia dilakukan?

DENIS: Kawasan hadapan ladang di sebelah kiri, sekitar kawasan rumah kayu dan kawasan pondok rehat.

GURBACHAN: Kawasan itu saja?

DENIS: Ya.

GURBACHAN: Saya diarahkan anak guam bahawa pihak kamu menggali di semua tempat termasuk kolam?

DENIS: Tidak.

GURBACHAN: Kamu tidak berasakan adalah penting menggali kolam itu?

DENIS: Kami tidak menggunakan jengkaut sebaliknya hanya menggunakan kayu.

GURBACHAN: Ketika mahkamah membuat lawatan ke Ladang Gadong (kelmarin), kamu ikut serta bukan?

DENIS: Ya.

GURBACHAN: Setuju saya katakan jalan masuk ke dalam ladang, dinaiki air di sebelah kanan dan kiri jalan?

DENIS: Ya.

GURBACHAN: Setuju dengan saya bahawa kawasan itu mudah dinaiki air?

DENIS: Setuju.

GURBACHAN: Setuju saya katakan bahawa paling penting dalam siasatan adalah memastikan bahan bukti tidak dialihkan atau dipinda?

DENIS: Ya.

GURBACHAN: Setuju saya katakan bahawa sebelum 9 September 2010, tiada tindakan diambil polis bagi memastikan bukti di kawasan ladang itu dialihkan atau dipinda?

DENIS: Ya.

GURBACHAN: Setuju saya katakan, sehingga 9 September 2010, kamu tidak tahu siapa pergi ke ladang itu atau mempunyai akses kemasukan ke situ?
DENIS: Saya tidak tahu.


Sementara itu, Asisten Superintendan Zainol Hisham Abu, 40, dari makmal forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jalan Semarak, Kuala Lumpur, memberi keterangan dia diarahkan membantu siasatan pasukan forensik di lokasi penemuan barang kes iaitu di Sungai Panchau, Banting, pada 12 September 2010.

Keadaan Zainol yang memberi keterangan dengan suara bergetar dan menggigil ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya, Idham Abdul Ghani, ditegur oleh Hakim Datuk Akhtar Tahir sekali gus menyebabkan mereka di galeri ketawa.

Dia yang mengakui menggigil disoal Idham, diminta menenangkan diri.

Perbicaraan akan bersambung pada 25 Julai depan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...