Glow text generator Text generator

Terima Kasih Kepada Mereka2 Yg Mengikuti Iklaneka

[ads] Buat duit lumayan tanpa modal di Facebook, Blog & Tweeter Sekarang! Setiap klik dibayar RM0.20 hingga RM0.40! Daftar di sini #ChurpChurp

[ads] Dapatkan Produk Bioasli Anda Dan Nikmati Hidup Yang Lebih Bermakna Di sini # BioAsli

[ads] Ersano Perfume 1 lagi produk keluaran anak tempatan menampilkan 13 jenis haruman yang menawan, pastinya tiada alkohol. # Haruman Menawan Pasti Berkenan

Friday, July 22, 2011

Suami Isteri DiGilis


KUALA KUBU BAHRU: Menyayat hati apabila tubuh sepasang suami isteri hancur selepas digilis pelbagai kenderaan sebaik motosikal ditunggangi mereka terbabas ke tengah jalan sebelum terjatuh di atas jalan di Kilometer 425 Lebuhraya Utara-Selatan arah Kuala Lumpur di sini, pagi semalam.

NGERI...mayat dua warga Indonesia yang digilis pelbagai kenderaan, pagi semalam. 

Kejadian tragis kira-kira jam 5.50 pagi itu menyebabkan arah lebuh raya dari kedua-dua arah sesak manakala cebisan daging daripada tubuh kedua-dua mangsa bertaburan di atas jalan.

Difahamkan, mangsa yang dikenali sebagai Hadi, 32, dan Diana, 30, kedua-duanya warga Indonesia, meninggal dunia di tempat kejadian selepas digilis pelbagai kenderaan dan diseret sejauh 10 meter berdasarkan kesan darah di tempat kejadian.

Selepas terjatuh dari motosikal, kedua-dua mangsa dipercayai tidak sempat bangun untuk menyelamatkan diri menyebabkan mereka dirempuh kenderaan lain.

Anggota polis terpaksa mengambil masa lebih sejam untuk mengutip cebisan daging dari mayat mangsa sebelum dikumpul dan dihantar ke Bilik Mayat Hospital Kuala Kubu Bahru.


Ketika kejadian, mangsa dalam perjalanan ke arah ibu kota. Keadaan yang ketika itu masih gelap menyebabkan pemandu kenderaan tidak menyangka objek tengah jalan yang dilanggar mereka adalah tubuh manusia.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affandi berkata, kenderaan lain gagal mengelak dan merempuh kedua-dua mangsa yang berada di tengah jalan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...