Glow text generator Text generator

Terima Kasih Kepada Mereka2 Yg Mengikuti Iklaneka

[ads] Buat duit lumayan tanpa modal di Facebook, Blog & Tweeter Sekarang! Setiap klik dibayar RM0.20 hingga RM0.40! Daftar di sini #ChurpChurp

[ads] Dapatkan Produk Bioasli Anda Dan Nikmati Hidup Yang Lebih Bermakna Di sini # BioAsli

[ads] Ersano Perfume 1 lagi produk keluaran anak tempatan menampilkan 13 jenis haruman yang menawan, pastinya tiada alkohol. # Haruman Menawan Pasti Berkenan

Saturday, July 30, 2011

Sosilawati - Pegawai perakam nafi sedia soalan




Kes pembunuhan Sosilawati


SHAH ALAM: Pegawai perakam percakapan saksi utama dalam perbicaraan kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya, menafikan beliau bekerjasama dengan pegawai penyiasat dan pegawai soal siasat kes itu untuk menyediakan soalan yang ditanyakan kepada saksi berkenaan, sebelum proses rakaman percakapan dibuat.



Pegawai Penyiasat Kanan dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, Asisten Superintendan Ong Seng Keong, berkata soalan berkenaan sebaliknya disediakannya terlebih dulu berdasarkan dokumen yang diberikan kepadanya.


Katanya, soalan yang dikemukakan kepada bekas pekerja ladang, U Suresh, 27, ketika proses rakaman percakapan dilakukan pada 26 Oktober tahun lalu, disediakan ketika seorang lagi saksi kes itu K Sarawanan sedang ditemubual seorang pegawai polis lain. 

Seng Keong berkata demikian ketika disoal Timbalan Pendakwa Raya, Ishak Mohd Yusof ketika prosiding bicara dalam bicara di hadapan Hakim Datuk Akhtar Tahir, di Mahkamah Tinggi, di sini, semalam. 

Prosiding itu adalah untuk menentukan sama ada rakaman percakapan mengikut Seksyen 112 Kanun Prosedur Jenayah dibuat oleh Suresh dan boleh diguna pakai atau sebaliknya. 

Ia dilakukan selepas Suresh memberikan keterangan bercanggah dalam perbicaraan dan mendakwa tidak memberikan rakaman percakapan itu bagi tujuan mencabar kredibiliti saksi berkenaan. 
Ishak: Bagaimana kamu buat soalan itu? 

Seng Keong: Saya buat soalan itu berdasarkan kepada taklimat, gambar rajah kasar, gambar, keratan akhbar dan laporan polis yang dibekalkan oleh Pegawai Penyiasat, Asisten Superintendan Ishak Yaakob. 

Ishak: Gambar apa? 

Seng Keong: Gambar kereta, tertuduh dan tempat kejadian. 

Ishak: Apa maksud awak gambar tertuduh? 

Seng Keong: Gambar Pathmanabhan, Ravi, Matan dan Thilai. 

Pada ketika ini peguam Manjeet Singh Dhillon bangun membantah kerana keterangan itu tidak ditimbulkan pada pemeriksaan utama, Rabu lalu. 

Akhtar bagaimanapun membenarkan keterangan itu tetapi membuat keputusan peguam bela boleh menyoal balas saksi berkenaan membabitkan keterangan baru berkenaan. 

Seng Keong berkata, laporan polis yang diberikan kepadanya ialah laporan polis yang dibuat pegawai soal siasat, Cif Inspektor N Govindan dan Ishak. 

Katanya, segala petikan disoal kepada Suresh juga diperoleh daripada laporan polis yang dibuat Govindan. 

Ditanya mengapa beliau tidak memberitahu mahkamah semua perkara itu pada pemeriksaan utama, Seng Keong berkata, beliau terlupa. 

Seng Keong juga berkata walaupun sebelum ini mengaku sebagai pegawai perakam, beliau sepatutnya berkecuali, pengetahuan mengenai fakta dan latar belakang kes itu diperlukan untuk menyoal saksi. 

Katanya, penyediaan soalan terlebih dulu adalah untuk memastikan proses rakaman percakapan tidak terlalu lama. 

Beliau berkata, apa dimaksudkan sebagai berkecuali ialah tidak terbabit dalam penyiasatan kes dan berpendapat walaupun mempunyai pengetahuan mengenai kes, beliau masih bersikap berkecuali. 

Perbicaraan bersambung Isnin ini berikutan dua lagi saksi tidak dapat hadir kerana menduduki peperiksaan jabatan. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...