Glow text generator Text generator

Terima Kasih Kepada Mereka2 Yg Mengikuti Iklaneka

[ads] Buat duit lumayan tanpa modal di Facebook, Blog & Tweeter Sekarang! Setiap klik dibayar RM0.20 hingga RM0.40! Daftar di sini #ChurpChurp

[ads] Dapatkan Produk Bioasli Anda Dan Nikmati Hidup Yang Lebih Bermakna Di sini # BioAsli

[ads] Ersano Perfume 1 lagi produk keluaran anak tempatan menampilkan 13 jenis haruman yang menawan, pastinya tiada alkohol. # Haruman Menawan Pasti Berkenan

Tuesday, May 31, 2011

Pihak "Bir" Halal Membuat Kenyataan


KUALA LUMPUR: “Sebagai seorang Islam tidak mungkin kami menjual minuman tidak halal kepada saudara seagama,” kata Pengarah Suria Wholesaler Sdn Bhd, Ahmad Al Yateem, pengedar minuman malta berjenama Barbican yang dikaitkan dengan bir halal yang kini dipersoalkan kandungan alkohol di dalamnya.

Pencuri Berterima Kasih Kepada Mangsanya


PEKAN: Seorang wanita berjubah hitam bersama tiga anaknya yang melarikan wang tunai dan barang berharga bernilai RM13,500 daripada satu majlis kenduri sempat bersalam dengan tuan rumah dan mengucapkan terima kasih sebelum menghilangkan diri.

Salih Yaacob: Debaran Luar Biasa


KULAIJAYA: “Debaran yang saya rasakan ketika akad lafaz nikah kali ini amat luar biasa. Tapi, Alhamdulillah semua berjalan lancar dan saya bersedia menunaikan tanggungjawab sebagai suami Emi,” kata pelakon dan penyampai radio, Salih Yaacob, semalam.

Monday, May 30, 2011

Asid : Koma, Buta


JOHOR BAHRU: “Mereka yang melakukan ini dayus. Akibatnya suami saya bukan saja melecur hampir keseluruhan muka dan badan hingga ke paras pinggang, malah cacat penglihatan seumur hidup,” kata isteri kepada mangsa simbahan asid, Zaiton Aris, 50, semalam.

Kaki Belit : Ustaz, Ustazah Jadi Mangsa


KUALA LUMPUR: Ustaz Harun atau Harun Mat Saat yang dikehendaki Bank Negara Malaysia (BNM) berhubung kes penipuan skim cepat kaya mencecah RM200 juta dipercayai turut memiliki sebuah syarikat jet persendirian di Pekan, Pahang, selain deretan kereta mewah termasuk Nissan FairLady, Subaru Impreza, Toyota Alphard dan BMW.

Rindu Bau Laki


KUALA TERENGGANU: “Dulu saya garang dan suka marah suami tapi selepas diceraikan saya amat menyesal. Kini saya tergila-gilakan bekas suami biarpun dia sudah berkahwin lain.

Sunday, May 29, 2011

Disangka Untung Rupanya Rugi


KUALA LUMPUR: Akibat terlalu ghairah mendapat keuntungan sekelip mata, seorang peniaga dan bekas nelayan sanggup menjual bot miliknya sebelum wang itu dilaburkan terhadap sebuah syarikat yang dikaitkan dengan kes penipuan skim cepat kaya dan penyelewengan wang mencecah RM200 juta sejak tiga tahun lalu.

Bintang You Tube Dilamar


PARIT: “Saya akhirnya ‘dilamar’ tetapi bukan daripada jejaka untuk dipinang, sebaliknya tawaran berlakon dalam sebuah telefilem,” kata ratu miming, Roshida Abd Aziz, 30, (gambar) atau dikenali sebagai Cikgu Shida yang kini popular di kalangan pelayar Internet tempatan apabila klip video miming diciptanya meraih populariti luar biasa selepas ditayangkan di laman web Youtube.

Sebat, Ameng Menitis Air Mata


KLUANG: Ketika ditemui, baru 12 hari Ameng Spring menjalani hukuman di Penjara Kluang, namun dia mulai terasa betapa sepinya hari-hari dilalui di sebalik tirai besi. Debarnya kian dirasai menanti detik hukuman sebat 10 kali yang dikenakan ke atasnya.

Saturday, May 28, 2011

Tarif Elektrik Naik Lagi...

Majlis Ekonomi Negara (NEC) hari ini meluluskan kenaikan dalam tarif elektrik tetapi butirannya hanya akan diumumkan Isnin depan.

‘Saya serah kepada Shahir buat penjelasan’


KUALA LUMPUR: “Saya serahkan kepada Shahir untuk membuat penjelasan kerana dia tahu hal sebenarnya. Saya juga berharap hal peribadi seperti ini tidak diperbesarkan lagi atau dijadikan kontroversi.”

‘Bir halal’ jadi haram


JOHOR BAHRU: Mengejutkan apabila ujian makmal yang dijalankan terhadap minuman yang popular sebagai `bir halal’ di kalangan pengguna Islam dikesan mengandungi alkohol pada kadar melebihi jumlah dibenarkan syariat.

Ustaz ‘songlap’


KUALA LUMPUR: Seorang ustaz yang mengaku bergelar Datuk, antara enam individu paling dikehendaki Bank Negara Malaysia (BNM) berhubung kes penipuan skim cepat kaya dan pengambilan deposit secara haram membabitkan penyelewengan mencecah RM200 juta sejak Disember 2008.

Friday, May 27, 2011

Tomok pilih pramugari


KUALA LUMPUR: Juara rancangan realiti TV, One In A Million musim ke-3, Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail, 27, akan menamatkan zaman bujangnya pada 1 Julai depan dengan pramugari Penerbangan Malaysia (MAS), Siti Rahayu Abas, 32 .

Sorok mayat dalam almari


KUALA LUMPUR: Takut rahsia terbongkar, seorang penuntut kolej swasta berusia awal 20-an nekad menyimpan mayat bayi lelaki cukup sifat dilahirkannya dalam almari di bilik sebuah rumah di Cheras di sini, selama dua hari.

Lepas geram pada jiran


SHAH ALAM: Akibat tertekan kerana sering dibuli rakan sebaya di sekolah, seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun melepaskan perasaannya dengan cara ganas apabila mengelar tangan dan menoreh muka seorang gadis yang juga jirannya.

Thursday, May 26, 2011

Kasih Si Kudung


PELABUHAN KLANG: Dia dikatakan antara peneroka terawal Kampung Sungai Pinang dekat Pulau Indah, di sini, bagaimanapun kini hidupnya hanya terbaring di kediaman yang amat uzur.

Bagai Ustazah : Mohon Tukar Jantina


KUALA TERENGGANU: Hasrat seorang pemuda, Mohd Ashraf Hafiz Abd Aziz, 25, untuk menukar jantina dan nama kepada Aleesha Farhana Abd Aziz tertangguh lagi apabila Mahkamah Tinggi di sini, semalam, menetapkan 18 Julai depan untuk mendengar keputusan permohonan berkenaan.

Mati Dibaham anjing



RANAU: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun yang girang menyambut hari lahirnya kelmarin, maut selepas hampir 16 jam dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Ranau di sini, kerana dibaham anjing milik bapa saudaranya.

Wednesday, May 25, 2011

Tembak Kaki Sendiri


SEBERANG JAYA: Seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) cedera di buku lali kaki kanannya selepas terkena tembakan dari pistolnya sendiri dalam kenderaan ketika bertugas berhampiran Pejabat Pos Bukit Mertajam di sini, pagi semalam.

Rintihan anak dalam api


TAIPING: “Sabar Muiz, tunggu abah datang. Muiz dekat mana? Cepat keluar.” Itulah kata-kata Mohd Yunus Mohd Yusuf, 28, kepada anaknya, Muizzuddin, namun kanak-kanak berusia lima tahun itu gagal diselamatkan dan terkorban dalam kebakaran sebuah rumah papan di Kampung Aman, Pokok Assam dekat sini, pagi semalam.

Murid ditarik depan sekolah


KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun nyaris menjadi mangsa rogol selepas diculik lebih satu jam oleh seorang lelaki dari kawasan sekolahnya berhampiran Jalan Semarak, kelmarin.

Tuesday, May 24, 2011

‘Main sendirian atas titi sungai’


KUALA KANGSAR: “Arwah memang pendiam malah sering bermain bersendirian di atas titi anak sungai itu. Namun dia tiba-tiba ghaib petang semalam (kelmarin) dan tidak pulang ke rumah,” kata Zubir Abdul Rahman, 68, datuk kepada Mohamad Haikal Wazir, 6, yang ditemui lemas dalam sungai di sini, pagi semalam.

Hikmah sebalik musibah


AMPANG: “Impian selama 11 tahun untuk berjumpa ibu kandung termakbul apabila ibu datang ke hospital menziarahi saya dan rakan walaupun dalam suasana sedih selepas kehilangan ramai saudara dalam kejadian tanah runtuh,” kata Muhd Aizad Qushyariry Abd Karim, 13, mangsa kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-Anak Yatim Al-Taqwa, Hulu Langat dekat sini.

Balik usung jenazah anak


MACHANG: Tidak sampai sejam selepas mengusung jenazah sepupu, seorang pengawal keselamatan terpaksa pula memikul jenazah anak perempuan yang berusia tiga tahun apabila kanak-kanak itu lemas akibat ‘tertinggal’ sejam dalam Perodua Kancil miliknya di Kampung Morak, Palekbang, Tumpat, kelmarin.

Monday, May 23, 2011

Masa Untuk Kita Menyemak Arah Kiblat Kita.

Matahari di Atas Ka`bah Pada 28/5/2011, InsyaALLAH


Para pembaca yang beragama Islam diharap dapat mengenal pasti arah kiblat kita supaya lebih tepat dan pasti. Arah Qiblat boleh disemak dengan tepat ketika Istiwa A'zam.Penentuan arah qiblat yang tepat sangat penting kerana ia merupakan antara syarat sah solat samada solat fardhu atau sunnat. Jadi ummat ISLAM mesti memastikan kedudukan arah qiblatnya tepat mengadap Ka’bah.

Alhamdulillah, setiap tahun ada 2 waktu yang telah ALLAH subhanahu wata’ala tentukan kedudukan matahari betul-betul tepat di atas Ka’bah. Fenomena ini dipanggil Istiwa A’zam (Istiwa Utama).



‘Arwah anak bijak, baik’


KUALA LUMPUR: “Arwah seorang anak yang baik dan tidak susah untuk menjaganya sejak kecil, malah sebelum kejadian, dia sempat menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) bertanya mengenai persiapan untuk pendaftaran masuk ke Matrikulasi Perak di Gopeng,” kata ibu Dzarhir Haziq M Muin, 18, Zaliah Abdullah, 45, mangsa tragedi tanah runtuh Rumah Anak-Anak Yatim dan Anak-Anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa, Hulu Langat, semalam.

Potong kaki dua mangsa


AMPANG: Kaki seorang mangsa tragedi tanah runtuh yang tersepit dan tertimbus dari paras pinggang terpaksa dipotong di tempat kejadian bagi menyelamatkan nyawanya yang ketika itu sudah lemah akibat terlalu lama menanggung kesakitan.

‘Saya tarik tangan adik’


KUALA LUMPUR: “Saya tarik tangan adik ketika kami lari menyelamatkan diri, tapi kaki adik tersangkut pada besi khemah dan dia jatuh. Saya tarik lagi tangannya tapi runtuhan batu mula menuju ke arah kami dan menimpa kepala adik.

Sunday, May 22, 2011

Tanah runtuh: 16 terbunuh, 9 selamat

Usung: Salah Seorang mangsa Tanah Runtuh Di Hulu Langat

Pasukan mencari dan menyelamat mengambil masa kira-kira 15 jam untuk mengeluarkan semua 25 mangsa yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Batu 14, Hulu Langat.

Lenyap sekelip mata


HULU LANGAT: Jika semalam mereka ketawa bersama, hari ini mereka bercerai nyawa. Lebih hiba, dengan tulang empat kerat dan kudrat terhad, Mohd Iman, 14, memerah keringat dengan cucuran air mata cuba menggali tanah untuk menyelamatkan kawannya yang tertimbus hidup-hidup.

Gali tanah guna tangan


HULU LANGAT: Tiga anak yatim, termasuk dua berusia 11 dan 14 tahun, maut dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Jalan Sungai Semungkis, Kampung Sungai Gahal, di sini, semalam.

Tiga faktor kejadian


KUALA LUMPUR: Kejadian tanah runtuh yang berlaku di Jalan Sungai Semungkis, Kampung Gahal, Hulu Langat, semalam, berkemungkinan berpunca daripada faktor alam semula jadi, iaitu aliran puing (debris flow).

Saturday, May 21, 2011

UPDATE TERKINI DNA BABI DALAM KEK DAN ROTI SECRET RECIPE


DNA Babi Dalam Bahan Pembuatan Roti Dan Kek Secret Recipe
Masih Ada Lagi Syarikat yang tak faham Tentang Halal. Atau Mereka ni saja buat bodoh pasal halal ni yang penting rasa nya sedap.


Dah Berapa Ramai Agaknya Org Islam Yg dah Termakan Benda Haram Ni. Diharap Dapat Diambil Tindakan Segera Pihak Berwajib.

Berikut kenyataan yang dikeluarkan Panel Pengesahan Halal Malaysia Bil.14/2011:

UPDATE Tanah Runtuh Hulu Langat

Mangsa Tanah Runtuh Diberi Rawatan


KAJANG: Dua mayat kanak-kanak penghuni Rumah Anak Yatim Al-Takwa, FELCRA Semungkis, Batu 14, Hulu Langat, dekat sini, sudah dibawa keluar dari tempat kejadian tanah runtuh di situ, sebentar tadi.

Shah Rukh Khan Cedera!!


Shah Rukh cedera lakon filem aksi
MUMBAI: Bintang Hollywood, Shah Rukh Khan yang kini sibuk menjalani penggambaran filem terbaru super hero Ra One dan filem aksi Don: The Chase Continues dilaporkan mengalami kecederaan di kaki akibat terperosok dalam lopak baru-baru ini. 

Kecewa sikap Jamal


KUALA LUMPUR: “Artis ini tak sumbang apa-apa pun sepanjang hampir lima tahun menginap di pusat ini. Dia cuma bagi belanja makan dan minum untuk diri sendiri saja,” kata Pengerusi Persatuan Pengasih Malaysia (Pengasih), Datuk Yunus Pathi, ketika meluahkan kekecewaannya terhadap penyanyi popular Jamal Abdillah, 52.

Maut kejar peragut


PADANG BESAR: “Saya tak sangka niat arwah keluar membeli nasi ayam kegemarannya malam semalam (kelmarin) berakhir tragedi memilukan, malah lebih menyedihkan apabila saya tak sempat bercakap seharian dengannya.”

Geram kahwin lari


SUNGAI PETANI: “Saya bukan saja dibelasah dengan tangan diikat pada tiang, malah hanya tinggal seluar dalam selepas pakaian saya ditanggalkan,” kata seorang peniaga, Mohd Azhar Aziz, 31, yang mendakwa dipukul lebih sejam oleh sekumpulan 40 lelaki di Kampung Simpor Tambang, Kota Kuala Muda di sini, awal pagi kelmarin.

Friday, May 20, 2011

Tengkorak Mona Lisa ditemui di biara


TENGKORAK wanita yang dipercayai Mona Lisa ditemui di kubur bawah tanah di biara St. Ursula, Florence


Tengkorak Dipercayai Milik Mona Lisa Ditemui.



FLORENCE, Itali - Para arkeologi menemui satu tengkorak wanita yang dipercayai menjadi model untuk pelukis terkenal, Leonardo da Vinci melukis potret Mona Lisa, lapor sebuah akhbar semalam.

Lagi Harga Barangan Naik



Barangan Tenusu Dutch Lady Naik Hingga 5-6%


Petaling Jaya – Dutch Lady Milk Industries Bhd. (Dutch Lady) akan menaikkan harga produk tenusunya di antara lima sehingga enam peratus secara berperingkat-peringkat menjelang Jun ini ekoran peningkatan harga bahan mentah.



Anak kucing bermata satu


TAWAU: Pelik tapi benar. Itulah yang berlaku ke atas seorang penduduk di Kampung Batu 4, Jalan Apas, di sini, apabila ibu kucing miliknya melahirkan anak kucing bermata satu, kelmarin.

Kopi gelatin babi


KLUANG: Tiga bersaudara yang juga pengarah syarikat Rail Passion Sdn Bhd, pengeluar Kluang Rail Coffee mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, semalam, atas dua pertuduhan menjual kopi mengandungi gelatin babi di premis mereka tanpa melabelkan kewujudan asid deoksiribonukleik (DNA) haiwan itu pada pembungkusan.

Semalam Maahad kelentong


KUALA LUMPUR: Hanya bermodalkan papan tanda maahad tahfiz, seorang lelaki didakwa mengaut keuntungan dengan mengutip sumbangan wang tunai dan barangan daripada orang ramai, kononnya untuk menampung pengajian pelajar, sedangkan tidak wujud seorangpun pelajar di situ.

Thursday, May 19, 2011

Artis Pecah Rumah Sudah Dikenal pasti



Semalam TV3 mendakwa seorang artis dari Terengganu ditangkap polis kerana jenyah pecah rumah. Artis lelaki bujang yang berusia 29 tahun tahun, berasal daripada Terengganu ditangkap gara-gara kes pecah rumah. ‘Artis misteri’ ini dikatakan pernah menjadi artis rakaman diKuala Lumpur & pernah memenangi pertandingan Rock & Balada.

Kelar adik, serang polis


KUALA TERENGGANU: Taksub terhadap komik berciri pertarungan yang menjadi kegemarannya, seorang lelaki bagaikan hilang ingatan apabila cuba menyembelih adiknya dan mencederakan seorang anggota polis di rumahnya di Kampung Batu 10, Kawasan Perindustrian Gong Badak, kelmarin.

Terlupa hamil 6 bulan


MIRI: “Saya langsung tidak ingat diri ini sarat mengandung enam bulan ketika berlari nekad menyelamatkan anak sebelum rumah didiami hangus,” kata seorang mangsa kebakaran yang memusnahkan 17 rumah di penempatan setinggan di Pujut Corner, di sini, semalam.

8 beradik putih mata


JOHOR BAHRU: Terpedaya dengan muslihat seorang bomoh yang mendakwa mampu mengembalikan harta arwah nenek moyang mereka yang dikatakan bernilai RM2.8 juta, lapan beradik kerugian RM62,285 yang dibayar kononnya sebagai zakat dan kos upacara meraikan ‘mahaguru.’

Wednesday, May 18, 2011

Kereta rempuh rumah


ALOR GAJAH: “Syukur kerana kemalangan ini tidak membabitkan kehilangan nyawa. Selalunya, anak-anak duduk di beranda sebelum mengaji,” kata Sabrina Taib, 36, menceritakan kejadian sebuah kereta terbabas dan melanggar dinding rumahnya di Kampung Parit Melana, Durian Tunggal, dekat sini, petang kelmarin.

Jatuh tingkat 16 elak kena cekup


KUALA LUMPUR: Tindakan bekas pegawai polis yang cuba meloloskan diri dengan memanjat tingkap bilik dihuninya di tingkat 16, hotel di Jalan Raja Muda Aziz, di sini, bagi mengelak dicekup pegawai pencegah maksiat, membawa padah apabila dia maut selepas terjatuh, awal pagi semalam.

Rintihan, hembusan dari lokap Mona


RAUB: Suara rintihan pada lewat tengah malam, hembusan nafas di tengkuk yang meremangkan bulu roma dan perasaan seperti diperhatikan seseorang, antara pengalaman seram ditempuhi anggota polis bertugas di lokap yang pernah menempatkan Mona Fandey bersama suaminya, Mohd Affandi Abdul Rahman dan pembantu mereka, Juraimi Hussin, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Raub.

Kaki Pelakon Wanita Melecur Teruk




PETALING JAYA: Kaki kanan dan kiri pelakon Jasmin Hamid melecur teruk gara-gara terkena air panas ketika berada di set penggambaran drama Buaian Kasih di Kuang, Sungai Buloh, Sabtu lalu.

Menurut Jasmin, kedua-dua kakinya itu melecur di bahagian peha (kanan) dan betis (kiri) dimana kejadian tersebut berlaku ketika dia sedang duduk berehat di tepi meja yang mempunyai sebaldi air panas bersama beberapa pelakon lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...