Glow text generator Text generator

Terima Kasih Kepada Mereka2 Yg Mengikuti Iklaneka

[ads] Buat duit lumayan tanpa modal di Facebook, Blog & Tweeter Sekarang! Setiap klik dibayar RM0.20 hingga RM0.40! Daftar di sini #ChurpChurp

[ads] Dapatkan Produk Bioasli Anda Dan Nikmati Hidup Yang Lebih Bermakna Di sini # BioAsli

[ads] Ersano Perfume 1 lagi produk keluaran anak tempatan menampilkan 13 jenis haruman yang menawan, pastinya tiada alkohol. # Haruman Menawan Pasti Berkenan

Wednesday, May 25, 2011

Rintihan anak dalam api


TAIPING: “Sabar Muiz, tunggu abah datang. Muiz dekat mana? Cepat keluar.” Itulah kata-kata Mohd Yunus Mohd Yusuf, 28, kepada anaknya, Muizzuddin, namun kanak-kanak berusia lima tahun itu gagal diselamatkan dan terkorban dalam kebakaran sebuah rumah papan di Kampung Aman, Pokok Assam dekat sini, pagi semalam.

HANGUS...keadaan rumah yang terbakar

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi itu, Mohd Yunus hanya mampu mendengar jeritan anak sulungnya meminta tolong disusuli rintihan kesakitan apabila api semakin marak sebelum ia bertukar sayu lalu perlahan-lahan senyap. Mayat Muizzuddin ditemui dalam keadaan hampir rentung di bahagian dapur rumah neneknya yang hanya dikenali sebagai Som, 83, selepas anggota bomba dan penyelamat memadam kebakaran kira-kira jam 10.15 pagi.

Mohd Yunus berkata, sebelum kejadian Muizzuddin yang lebih mesra dengan panggilan Muiz berada bersama neneknya dalam rumah itu yang bersebelahan rumah keluarganya. Menurutnya, dua adik perempuan Muiz, berusia empat dan dua tahun pula, berada di rumah mereka bersama Mohd Yunus manakala ibu mereka, Ida Murni Hassan, 26, bekerja di sebuah kilang di sini.
GAMBAR : 

SEBAK...Ida Murni (tengah) ditenangkan ahli keluarga.

“Saya pula berehat di rumah selepas penat bekerja syif malam sebelum dikejutkan dengan jeritan adik saya (Mohamad Zulkifli, 23) mengatakan rumah ibu terbakar.

“Saya bergegas keluar kerana tahu Muiz berada di rumah itu dan terkejut melihat api sudah menjilat sebahagian rumah. Saya baling pasu untuk memecahkan pintu dan dapat menyelamatkan ibu, namun gagal menyelamatkan Muiz.

“Zulkifli juga masuk ke dalam rumah, namun gagal menyelamatkan Muiz. Akibatnya dia melecur teruk dan kini dirawat di Hospital Taiping, begitu juga ibu,” katanya.
Mohd Yunus berkata, hatinya cukup pilu apabila terdengar jeritan meminta tolong dan rintihan Muiz, namun tidak mampu berbuat apa-apa. Sementara itu, Ida berkata, dia bergegas pulang sebaik diberitahu kejadian itu dan hampir pitam selepas mendapati sebahagian besar rumah sudah hangus.

“Hanya Tuhan tahu perasaan saya ketika itu apabila diberitahu anak terperangkap di dalam rumah sebelum mayatnya ditemui anggota bomba dan penyelamat selepas api dipadamkan.
“Saya tidak sangka sikap Muiz yang beria-ia mahu tidur di rumah neneknya malam tadi (kelmarin) petanda dia akan pergi meninggalkan kami sekeluarga buat selama-lamanya,” katanya sayu.

Jenazah Muiz selamat dikebumikan bersebelahan pusara datuknya di Tanah Perkuburan Islam Kampung Jambu, dekat sini, petang semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Taiping, Hasna Rashid berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 9.52 pagi dan seorang pegawai, 15 anggota bersama tiga jentera dikejarkan ke tempat kejadian sebelum tiba tujuh minit kemudian.

Menurutnya, setiba di lokasi kebakaran, hampir 80 peratus rumah berkenaan sudah musnah dan pihaknya mengambil masa kira-kira 10 minit untuk memadam kebakaran.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Yusuf Mohd Diah ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata pihaknya masih menunggu laporan siasatan bomba bagi mengenal pasti punca kebakaran.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...