Glow text generator Text generator

Terima Kasih Kepada Mereka2 Yg Mengikuti Iklaneka

[ads] Buat duit lumayan tanpa modal di Facebook, Blog & Tweeter Sekarang! Setiap klik dibayar RM0.20 hingga RM0.40! Daftar di sini #ChurpChurp

[ads] Dapatkan Produk Bioasli Anda Dan Nikmati Hidup Yang Lebih Bermakna Di sini # BioAsli

[ads] Ersano Perfume 1 lagi produk keluaran anak tempatan menampilkan 13 jenis haruman yang menawan, pastinya tiada alkohol. # Haruman Menawan Pasti Berkenan

Saturday, May 14, 2011

Taliban balas dendam


SHABQADAR: Seramai 80 orang terbunuh dalam dua serangan bom ke atas sebuah pusat latihan polis separa tentera di sini semalam.


MANGSA menunggu di dalam trak sementara menanti bantuan di sebuah hospital di Peshawar, semalam.
Taliban Pakistan mendakwa ia serangan besar-besaran pertama mereka bagi membalas dendam terhadap pembunuhan Osama bin Laden.

Jurucakap polis, Liaqat Ali Khan berkata, 66 daripada yang terbunuh itu ialah kadet.

Kira-kira 140 orang cedera, 40 daripada mereka parah dalam serangan paling buruk di negara itu tahun ini.

Kejadian berlaku ketika anggota 900 anggota kadet berpakaian awam bersiap sedia menaiki bas untuk bercuti 10 hari selepas menamatkan latihan selama enam bulan, kata polis.

Dua pengebom terbabit dalam serangan berkenaan. “Penyerang pertama tiba dengan motosikal dan meletupkan bom yang disembunyikan di sebalik baju dalamnya ketika berada di celah anggota kadet terbabit,” kata Ketua Polis Daerah Charsadda, Nisar Khan Marwat.



“Apabila anggota kadet lain cuba untuk menyelamat rakan mereka, pengebom kedua tiba dengan sebuah motosikal lain dan meletupkan dirinya,” katanya.

Jurucakap Taliban Pakistan, Ehsanullah Ehsan berkata, ia adalah tindakan membalas dendam terhadap kematian Osama. “Serangan lebih besar akan dilakukan di Pakistan dan Afghanistan,” katanya kepada AFP menerusi telefon dari lokasi yang tidak didedahkan.


Serangan kumpulan itu semakin meningkat sejak Hakimullah Mehsud mengetuainya, menggantikan Baitullah Mehsud yang terbunuh dalam serangan peluru berpandu Amerika Syarikat pada 2009.

Doktor di Hospital Lady Reading di Peshawar berkata, mereka berusaha menyuelamatkan lebih 40 mangsa yang cedera parah dalam kejadian berkenaan.

Minggu lalu, Taliban berikrar membalas dendam terhadap pasukan keselamatan atas pembunuhan Osama oleh komando Amerika Syarikat pada 2 Mei lalu. Ehsanullah berkata, serangan itu adalah sebagai hukuman terhadap kerajaan Pakistan yang gagal menyekat serangan Amerika Syarikat hingga menyebabkan kematian Osama. - AFP
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...