Glow text generator Text generator

Terima Kasih Kepada Mereka2 Yg Mengikuti Iklaneka

[ads] Buat duit lumayan tanpa modal di Facebook, Blog & Tweeter Sekarang! Setiap klik dibayar RM0.20 hingga RM0.40! Daftar di sini #ChurpChurp

[ads] Dapatkan Produk Bioasli Anda Dan Nikmati Hidup Yang Lebih Bermakna Di sini # BioAsli

[ads] Ersano Perfume 1 lagi produk keluaran anak tempatan menampilkan 13 jenis haruman yang menawan, pastinya tiada alkohol. # Haruman Menawan Pasti Berkenan

Sunday, May 15, 2011

Sempat hubungi keluarga


KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia, Mohd Nazarudin Saidin, 38, yang ditahan kumpulan lelaki bersenjata di Pulau Jolo, selatan Filipina, 8 Mei lalu, sempat menghubungi keluarga di Kampung Merbau Sempak, Sungai Buloh, Selangor bagi memaklumkan kehadiran kumpulan itu, dua hari sebelum ditangkap.


NANTI... Mazlina bersama anak bongsunya, Nur Atira memegang foto Nazarudin (gambar kecil).
Menurut seorang ahli keluarganya, anak sulung daripada lima beradik itu berbual dengan isterinya serta ibu melalui telefon menggunakan pembesar suara dua hari sebelum dia ditahan.
Adik mangsa yang tidak mahu dikenali itu memberitahu Metro Ahad, Nazarudin sepatutnya pulang ke tanah air 10 Mei lalu, namun urusannya belum selesai menyebabkan perjalanannya tertangguh.

Ketika berbual, dia sempat memberitahu, sekumpulan lelaki bersenjata masuk ke sebuah perkampungan berdekatan, menyebabkan urusannya tertangguh.



“Maaf, saya tidak tahu urusan perniagaan abang saya... yang saya tahu, dia ke sana atas urusan perniagaan dan dia sebenarnya broker atau orang tengah dalam urusan tanah,” katanya.

Wisma Putra kelmarin mengesahkan seorang lelaki dari Sungai Buloh, Selangor diculik sekumpulan 10 lelaki bersenjata dan tidak dikenali di Pulau Sulu, selatan Filipina, 8 Mei lalu.

Berikutan itu, Kementerian Luar Negeri dan Konsulat Jeneral Malaysia di Davao City, Mindanao berhubung dengan keluarga mangsa bagi memaklumkan perkembangan terkini.

Selain itu, Konsulat Jeneral Malaysia bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan, termasuk Polis Kebangsaan Filipina (PNP) untuk mendapatkan maklumat terperinci dan perkembangan terkini mengenai penculikan ini.

“Memang konsulat kita menghubungi kami dan memaklumkan perkembangan kes dan setakat ini ia masih dalam siasatan... itu saja yang dimaklumkan.

“Selain agensi kerajaan kita yang menghubungi kami, tiada pihak lain (kumpulan bersenjata atau abangnya) berbuat demikian setakat ini,” katanya.

Katanya, ibu mereka yang berusia 59 tahun dan bapa berusia 63 tahun kini risaukan keselamatan Nazarudin dan setiap hari menunggu berita daripada pihak berkuasa.

“Setakat ini, saya menjadi wakil keluarga untuk bercakap dengan agensi kerajaan dan sehingga semalam nasib abang saya belum diketahui kerana pihak berkuasa di sana masih menjalankan siasatan.

“Saya dimaklumkan sehingga kini tiada kumpulan mengaku bertanggungjawab. Pihak berkuasa Filipina masih meneruskan siasatan bagi mengenal pasti identiti kumpulan,” katanya.

Sementara itu, isteri mangsa, Mazlina Mohamad, 38, berkata dia tidak tahu menahu mengenai penahanan suaminya kecuali selepas menonton berita TV3 dan membaca laporan Harian Metro 10 Mei lalu.

Ibu enam anak itu berkata, ini pertama kali suami keluar negara dan dia sepatutnya ke Zamboanga, tetapi tidak pasti bagaimana dan kenapa dia ke Jolo.

“Jadi, saya terkilan juga bila dia diculik... tiada pihak memaklumkan mengenainya dan saya hanya tahu selepas tiga hari suami diculik berdasarkan laporan akhbar dan berita TV3,” katanya.

Mazlina berkata, dia bimbang dan khuatir keselamatan suaminya kerana membabitkan pihak bersenjata di negara berkenaan.

Malah, dia juga sedih melihat anaknya yang sering bertanya mengenai ayah mereka.

“Terus terang, saya gusar kerana tidak tahu nasib suami. Lebih sedih bila anak bongsu kerap bertanya ke mana papanya pergi dan tidak pulang sampai sekarang,” katanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...