Glow text generator Text generator

Terima Kasih Kepada Mereka2 Yg Mengikuti Iklaneka

[ads] Buat duit lumayan tanpa modal di Facebook, Blog & Tweeter Sekarang! Setiap klik dibayar RM0.20 hingga RM0.40! Daftar di sini #ChurpChurp

[ads] Dapatkan Produk Bioasli Anda Dan Nikmati Hidup Yang Lebih Bermakna Di sini # BioAsli

[ads] Ersano Perfume 1 lagi produk keluaran anak tempatan menampilkan 13 jenis haruman yang menawan, pastinya tiada alkohol. # Haruman Menawan Pasti Berkenan

Sunday, September 11, 2011

Isteri Yang Bernafsu Besar Sanggup Mencari Lelaki Luar


KUALA LUMPUR: Mereka sudah bersuami dan ada anak, malah boleh dikategorikan dalam golongan berada. Namun kerana ingin mencari kepuasan nafsu, mereka sanggup menggunakan kecantikan dan ‘aset’ dimiliki bagi mencari hiburan di luar.

Mencari lelaki bujang mahupun yang berkeluarga untuk dijadikan teman dan tempat melepaskan nafsu sentiasa menjadi keutamaan. Tidak kira waktu terluang, mereka yang seakan-akan bernaung di bawah kelab ‘Hot Mama’ ligat mencari teman.

Di rumah, merekalah isteri, ibu dan suri rumah tangga, tetapi apabila di luar bersama rakan, mereka seolah-olah gadis remaja yang sentiasa mencari teman untuk bersosial.

Menerusi penyamaran, wartawan Metro Ahad (MA) berjaya menjejaki kumpulan berkenaan, sekali gus membongkar aktiviti sulit golongan ini.


Tanpa berselindung, beberapa wanita berusia dalam lingkungan 30-an yang ditemui menceritakan kisah hidup yang sentiasa sepi tanpa belaian lelaki.

Menurut Linda, 31, dia mencari hiburan di luar bagi mengisi kekosongan diri kerana sering diabaikan suami yang sentiasa sibuk dengan perniagaan.


KUALA LUMPUR: “Apa juga alasan, sama ada kesunyian, diabaikan suami atau kurang kasih sayang, ia bukan sebab yang membolehkan seseorang wanita itu berlaku curang di belakang suami.

“Namun bila perkara ini terjadi, seorang isteri harus meminta maaf daripada suaminya dan bertaubat bersungguh-sungguh meminta keampunan daripada Allah SWT.

“Jangan pandang mudah perkara ini. Apabila seorang isteri melangkaui batasnya, dia menggadaikan maruahnya, suami dan keluarga. Jadi, wanita yang berbuat sedemikian harus segera bertaubat,” kata Naib Presiden Pertubuhan Jemaah Islah Malaysia, (JIM) Prof Madya Dr Harlina Haliza Siraj.


Menurut Harlina, menjadi lumrah ada manusia tidak cukup dengan satu pasangan, namun ia bukan faktor mengapa seseorang itu harus berlaku curang terhadap pasangan.

“Lelaki dan perempuan sama saja. Masing-masing tidak puas dengan pasangan mereka, lebih-lebih lagi apabila berlaku masalah rumah tangga.

“Bagaimanapun, jika sesuatu masalah terjadi seperti diabaikan suami dan tidak diberi kasih sayang yang sepatutnya, seseorang wanita atau isteri tidak harus mengambil jalan mudah dengan mencari hiburan di luar.



“Dalam Islam ada pelbagai cara untuk menyelesaikan kemelut rumah tangga, antaranya mengadakan perbincangan suami isteri dan kaunseling. Malah, kita ada tempat untuk golongan wanita dan isteri yang mengalami masalah,” katanya.

Harlina berkata, pengetahuan dalam bidang agama sangat penting bagi membentuk diri dan keluarga, oleh itu apabila agama diketepikan, masalah sebegini pasti muncul.


“Mengikut sunnah nabi, seorang lelaki harus mencari wanita yang tahu agamanya. Jika tidak, masalah ini antara yang terjadi apabila wanita itu tidak mengetahui batasnya.

“Dalam apa juga perkara, agama harus menjadi pandu arah setiap insan. Jika agama dipandang ringan, kehidupan seseorang itu pasti terkeluar daripada landasan sebenar,” katanya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...