Glow text generator Text generator

Terima Kasih Kepada Mereka2 Yg Mengikuti Iklaneka

[ads] Buat duit lumayan tanpa modal di Facebook, Blog & Tweeter Sekarang! Setiap klik dibayar RM0.20 hingga RM0.40! Daftar di sini #ChurpChurp

[ads] Dapatkan Produk Bioasli Anda Dan Nikmati Hidup Yang Lebih Bermakna Di sini # BioAsli

[ads] Ersano Perfume 1 lagi produk keluaran anak tempatan menampilkan 13 jenis haruman yang menawan, pastinya tiada alkohol. # Haruman Menawan Pasti Berkenan

Thursday, September 15, 2011

Terjun Tangki Najis Selamatkan Anak


ROMPIN: Seorang bapa nekad terjun ke dalam tangki najis semata-mata mahu menyelamatkan anaknya yang terjatuh.

Malangnya, usaha itu gagal apabila anaknya yang berusia tiga tahun disahkan meninggal dunia di dalam tangki berkenaan di Bangunan Arked Mara, Bandar Baru, Kuala Rompin, dekat sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang, mangsa dikenali sebagai Mohd Izwan Jusoh, dari Endau, Mersing, Johor disahkan meninggal dunia akibat lemas.


Sebelum kejadian, mangsa yang mengikut bapanya, Jusoh Muda, 50, berniaga di pasar malam, ditemani seorang lagi rakan sebaya bermain berhampiran tangki najis berkenaan.

Bagaimanapun, ketika leka bermain, mangsa tergelincir ketika memijak tangki itu yang hanya ditutup dengan papan sebelum terjatuh ke dalamnya.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Johari Jahaya berkata, kejadian itu hanya disedari bapa mangsa selepas terdengar jeritan peniaga lain yang meminta pertolongan.



Menurutnya, pada masa sama, bapa mangsa yang berniaga pakaian di kawasan itu nekad terjun ke dalam tangki berkenaan selepas dimaklumkan anaknya terjatuh.

Katanya, siasatan mendapati, bapa mangsa mengambil masa kira-kira lima minit untuk mencari anaknya dengan meraba-raba di dalam tangki berkenaan.


“Selepas berjaya menemui anaknya, bapa mangsa menghantar kanak-kanak malang itu ke Hospital Muadzam Shah (HMS) di sini, namun doktor mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia.

“Hasil bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia akibat lemas,” katanya di sini, semalam.

Menurutnya, siasatan turut mendapati, tangki najis berkenaan hanya ditutup dengan papan selepas penutupnya hilang dipercayai dicuri individu tidak bertanggungjawab.

Katanya, polis mengesahkan kejadian itu tidak mempunyai unsur jenayah dan mengklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Johari berkata, jenazah mangsa sudah dituntut dan dibawa pulang ahli keluarganya, malam kelmarin.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...