Glow text generator Text generator

Terima Kasih Kepada Mereka2 Yg Mengikuti Iklaneka

[ads] Buat duit lumayan tanpa modal di Facebook, Blog & Tweeter Sekarang! Setiap klik dibayar RM0.20 hingga RM0.40! Daftar di sini #ChurpChurp

[ads] Dapatkan Produk Bioasli Anda Dan Nikmati Hidup Yang Lebih Bermakna Di sini # BioAsli

[ads] Ersano Perfume 1 lagi produk keluaran anak tempatan menampilkan 13 jenis haruman yang menawan, pastinya tiada alkohol. # Haruman Menawan Pasti Berkenan

Tuesday, September 6, 2011

4 Saudara Maut Beraya


LAHAD DATU: “Masih terngiang-ngiang kata-katanya yang tidak sabar mahu menyambut Aidilfitri bersama saya dan sepupu lain di rumah saya, tapi hari ini (semalam) saya hanya dapat menatap jasadnya yang kaku.”

REMUK...kenderaan Nissan Sunny remuk selepas bertembung Toyota Hilux.
Demikian kata Boni Alkan, 40, sepupu kepada Kempoh Asari, 39, yang maut dalam kemalangan ngeri apabila kenderaan dinaikinya bersama seorang anak dan tiga sepupunya berlanggar dengan Toyota Hilux di Kilometer 24, Jalan Lahad Datu-Sandakan di sini, semalam.

Selain Kempoh, turut maut dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi itu pemandu kereta, Abu Halil Esdari, 56, dan dua penumpang dikenali Noor Muhamad Sapiulla, 41, dan Sajid Asin, 30.


Anak Kempoh, Amirkan, 20-an, parah di kepala dan dirawat di Hospital Duchess of Kent di Sandakan.
Pemandu serta seorang penumpang Toyota Hilux terbabit hanya cedera ringan. Identiti mereka belum dikenal pasti.

Boni berkata, dia terkejut apabila menerima panggilan daripada polis memaklumkan ahli keluarganya dari Sandakan dan dalam perjalanan ke daerah ini terbabit dalam kemalangan dan memintanya segera ke Hospital Lahad Datu.




Menurutnya, perasaan pilu tidak dapat disembunyikan apabila melihat wajah Kempoh terbujur kaku bersama tiga lagi sepupu. “Saya tidak menyangka kehadiran semua mereka ke sini bagi menyambut Aidilfitri bersama, berakhir dengan tragedi yang sungguh menyedihkan,” katanya ketika ditemui Harian Metro di pekarangan Hospital Lahad Datu di sini, semalam.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Superintendan Bong Kwet Khiun berkata, dalam kemalangan itu pemandu dan penumpang kenderaan pacuan empat roda terbabit hanya cedera ringan.

“Siasatan mendapati kereta Nissan Sunny dinaiki mangsa cuba memotong sebuah van di depan sebelum hilang kawalan dan bertembung pacuan empat roda dari arah bertentangan.

“Impak pelanggaran itu, kenderaan dinaiki mangsa remuk teruk, malah empat daripada mereka tersepit dan maut di tempat kejadian, manakala seorang lagi yang parah berjaya dikeluarkan orang ramai.

“Anggota bomba dan penyelamat yang tiba di lokasi kejadian mengeluarkan mangsa yang tersepit dan mereka disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala dan anggota badan lain,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau berkata, semua mayat dihantar ke Hospital Lahad Datu untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1), Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...