Glow text generator Text generator

Terima Kasih Kepada Mereka2 Yg Mengikuti Iklaneka

[ads] Buat duit lumayan tanpa modal di Facebook, Blog & Tweeter Sekarang! Setiap klik dibayar RM0.20 hingga RM0.40! Daftar di sini #ChurpChurp

[ads] Dapatkan Produk Bioasli Anda Dan Nikmati Hidup Yang Lebih Bermakna Di sini # BioAsli

[ads] Ersano Perfume 1 lagi produk keluaran anak tempatan menampilkan 13 jenis haruman yang menawan, pastinya tiada alkohol. # Haruman Menawan Pasti Berkenan

Saturday, September 10, 2011

Berpulukan Di Dasar Terusan


KANGAR: “Mayat mereka saya temui dalam keadaan berpelukan di dasar terusan. Ketiga-tiganya sudah tidak bernyawa ketika saya naikkan ke tebing,” kata Mohd Husna Idris, 28, selepas cuba menyelamatkan tiga kanak-kanak yang lemas di sebuah terusan di Kampung Banat, di sini, petang semalam.

SEDIH...ahli keluarga melihat mayat mangsa di Bilik Mayat HTF, semalam
Mangsa dalam kejadian kira-kira jam 5.15 petang itu ialah pasangan kembar Abdul Hakam dan Abdul Hakim Zulkifli serta Muhammad Akmal Abdul Razak. Ketiga-tiga mereka berusia lapan tahun.

Mohd Husna berkata, sebelum kejadian dia melarang ketiga-tiga mangsa mandi di terusan di hadapan rumahnya kerana kawasan itu agak dalam iaitu melebihi dua meter.



“Tidak lama kemudian, saya terdengar jeritan kanak-kanak lain di atas terusan menyatakan tiga budak lemas. Saya terjun untuk menyelamatkan mereka tapi gagal,” katanya ketika ditemui.

Bapa pasangan kembar, Zulkifli Mat Isa, 46, berkata ketika kejadian, dia berada di Kompleks Bernas berhampiran rumahnya sebelum bergegas ke tempat kejadian dan mendapati kembarnya terbujur kaku di tepi terusan bersama rakan akrabnya, Muhammad Akmal.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...