Glow text generator Text generator

Terima Kasih Kepada Mereka2 Yg Mengikuti Iklaneka

[ads] Buat duit lumayan tanpa modal di Facebook, Blog & Tweeter Sekarang! Setiap klik dibayar RM0.20 hingga RM0.40! Daftar di sini #ChurpChurp

[ads] Dapatkan Produk Bioasli Anda Dan Nikmati Hidup Yang Lebih Bermakna Di sini # BioAsli

[ads] Ersano Perfume 1 lagi produk keluaran anak tempatan menampilkan 13 jenis haruman yang menawan, pastinya tiada alkohol. # Haruman Menawan Pasti Berkenan

Thursday, September 8, 2011

Natasya Pondan Istimewa.


KANGAR: “Saya bukan sebarang pondan kerana dianugerahi keistimewaan oleh Tuhan yang mungkin tidak terdapat pada pondan lain mengakibatkan saya kini menjadi sasaran kerana perasaan cemburu dan berdendam.

“Ia (cemburu dan dendam) bukannya daripada golongan sejenis, tetapi turut membabitkan wanita yang mungkin meminati teman saya (Mohd Hafizuddin Johari, 20) dan lelaki yang meminati saya kerana pernah diugut akan dirogol beramai-ramai,” kata lelaki berperwatakan wanita, Natasya Farisya, 28, yang juga teman istimewa Mohd Hafizuddin, mangsa simbahan asid di depan sebuah rumah di Taman Seri Bakau, di sini, pada awal pagi Sabtu.

Natasya berkata, sejak kejadian simbahan asid berlaku terhadap Mohd Hafizuddin, hidupnya menjadi tidak tenteram dan kini perlu sentiasa berhati-hati kerana bimbang perkara sama akan berulang ke atas dirinya.

Katanya, dia dan Mohd Hafizuddin memang bercadang untuk hidup bersama dan keluar dari Perlis, tetapi impian berkenaan terbantut apabila teman istimewanya dibawa lari anggota keluarganya ketika mereka makan di gerai di Padang Besar, kelmarin.



“Saya cuba menghalang tindakan bapa saudara Hafizuddin membawa lari teman lelaki dengan menggunakan kereta tetapi tidak berupaya.

Update

Natasya janji ubah penampilan

KANGAR: “Natasya Farisya sudah dipanggil untuk diberi kaunseling dan dia memberi jaminan akan mengubah penampilan termasuk memotong pendek rambutnya,” kata Pengarah Jabatan Agama Islam Perlis (Jaips), Abdul Malik Hussin.

Menurut Abdul Malik, beberapa pegawai Jaips sudah mengadakan pertemuan dengan Natasya, 28, lelaki berperwatakan wanita itu yang menjadi teman istimewa mangsa simbahan asid, Mohd Hafizuddin Johari, 20, apabila memanggilnya untuk diberi kaunseling, semalam.


Menurutnya, pertemuan terbabit diadakan di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Perlis di sini, hampir satu jam dan pihaknya mengambil pendekatan dakwah dengan memberi khidmat kaunseling kepadanya supaya kembali ke pangkal jalan.


“Kami tidak mengambil tindakan terburu-buru menahannya kerana pendekatan itu memerlukan bukti ketika ditahan. Bagaimanapun, dalam pertemuan terbabit dia sudah berjanji untuk mengubah corak kehidupannya.

“Kami akan memantau penampilannya selepas ini dan usaha berdakwah ini akan dilakukan berterusan.

Mengulas lanjut, Abdul Malik berkata, Natasya atau nama sebenarnya, Tabri Rashid Abu Hassan sebelum ini pernah dua kali ditahan anggota penguat kuasa Jaips iaitu pada 1997 dan 2010 lalu.



“Kami tidak boleh terburu-buru menahan kerana subjek (Natasya Farisya) kini dalam keadaan tertekan dan menyatakan hasrat untuk membunuh diri,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.
Natasha Bersama Teman Yang Disimbah Asid


Natasya yang juga bekas model sambilan dari Taman Sri Bakau di sini, ditahan selepas dikesan melakukan kesalahan mengikut Seksyen 7 Enakmen Jenayah Dalam Syarak Negeri Perlis 1991 kerana berpakaian seperti wanita pada 2007.

Selain ditahan, kediaman Natasya pernah diserbu Jaips pada 2010 lalu, namun tindakan undang-undang mengikut peruntukan enakmen terbabit tidak dapat diambil kerana sebab tertentu.

Beliau berkata, selepas ditahan pada 2007 lalu, Natasya yang diberikan kaunseling dan nasihat oleh kaunselor Jaips memang berada dalam pemerhatian kerana dia sebelum ini pernah berjanji untuk berubah.

Katanya, pihaknya memandang serius penularan aktiviti pondan terutama membabitkan lelaki yang berperwatakan wanita di Perlis, namun tindakan mengikut Seksyen 7 enakmen sama bukan mudah untuk diambil.

Seksyen 7 memperuntukkan mana-mana lelaki yang berlagak seperti perempuan (tasyabbuh) di mana-mana tempat awam adalah bersalah dan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya.

Harian Metro semalam, melaporkan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim mahu Jaips bertindak segera menahan Natasya sekali gus menghukumnya mengikut peruntukan undang-undang sewajarnya.

Abdul Malik berkata, walaupun Seksyen 7 tidak dapat diaplikasikan, namun pihaknya masih ambil tindakan terutama kaunseling dan pemantauan termasuk mahu memberinya peluang untuk berubah ke pangkal jalan.

Menurutnya, jika kesalahan itu dilakukannya di khalayak ramai atau ditahan ketika sedang menggoda lelaki atau bersekedudukan yang boleh menimbulkan syak, maka tindakan juga boleh diambil selepas mempunyai bukti.

Sementara itu, Harian Metro cuba menghubungi Natasya bagi mendapatkan maklum balas, namun panggilan tidak berjawab.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...