Glow text generator Text generator

Terima Kasih Kepada Mereka2 Yg Mengikuti Iklaneka

[ads] Buat duit lumayan tanpa modal di Facebook, Blog & Tweeter Sekarang! Setiap klik dibayar RM0.20 hingga RM0.40! Daftar di sini #ChurpChurp

[ads] Dapatkan Produk Bioasli Anda Dan Nikmati Hidup Yang Lebih Bermakna Di sini # BioAsli

[ads] Ersano Perfume 1 lagi produk keluaran anak tempatan menampilkan 13 jenis haruman yang menawan, pastinya tiada alkohol. # Haruman Menawan Pasti Berkenan

Wednesday, September 28, 2011

KEJAM!!!


KAJANG: Seorang nenek bukan saja ditikam di leher, tetapi kepalanya turut dihentak dengan objek keras sebelum tubuhnya diseret dan dicampakkan dalam kolah bilik mandi di rumahnya di Kampung Pasir Baru Peringkat, Jalan Sungai Lalang di sini, semalam.
KAWAL...anggota polis berkawal di rumah mangsa, semalam.
Pembunuhan kejam itu dipercayai bermotifkan samun, tetapi jumlah kerugian belum diketahui berikutan polis belum dapat menemubual keluarga mangsa yang masih trauma.

Mayat mangsa, S Danaletchemee, 64, ditemui berlumuran darah oleh anak keempatnya sebaik lelaki berusia 36 tahun itu pulang daripada kerja pada jam 12 tengah hari.

Menantu mangsa, N Murugan, 35, berkata dia dimaklumkan mengenai kejadian oleh isterinya dan bergegas ke rumah ibu mentuanya itu dari tempat kerjanya.


Menurutnya, sebaik tiba, isterinya K Yasotha, 35, memberitahu abang iparnya, K Krishnan, 36, menemui mayat mangsa berlumuran darah dalam bilik mandi.

PILU...anak mangsa ditenangkan ahli keluarga dan polis
.“Krishnan memberitahu leher ibu saya ditikam manakala kepalanya dihentak dengan sesuatu. Mungkin ibu mentua dibunuh di dalam biliknya sebelum diseret ke bilik air,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.

Murugan berkata, sebelum mayat mangsa ditemui, Krishnan sangsi dengan keadaan pintu pagar dan rumah yang tidak berkunci selain terkejut melihat ruang tamu dan bilik berselerak.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab, berkata polis menerima panggilan telefon daripada keluarga mangsa pada jam 1 tengah hari memaklumkan seorang warga emas ditemui mati di dalam tandas.

Katanya, siasatan awal mendapati mangsa disamun dan ditikam di leher selain terdapat kecederaan akibat dihentak objek tumpul di dahi.

“Polis percaya jenayah ini dilakukan lebih daripada seorang suspek. Pasukan forensik tidak menemui sebarang kesan umpilan pada pagar dan pintu rumah berkenaan dan ini menunjukkan suspek mungkin mengenali mangsa kerana jenayah dilakukan terancang.

“Polis turut menemui parang yang dipercayai digunakan suspek untuk membunuh mangsa di dapur manakala sebilah pisau ditemui di dalam laci rak di dapur yang siap dicuci,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Ab Rashid berkata, polis turut menemui kesan darah mangsa dari kawasan bilik tengah hingga ke dapur dan dipercayai suspek mengheret mangsa untuk ditelungkupkan dalam kolah air selepas dibunuh.

Katanya, pasukan forensik sudah mengambil kesan cap jari pada senjata berkenaan dan polis akan merakam keterangan keluarga mangsa dalam masa terdekat.

“Mayat mangsa sudah dihantar ke Hospital Serdang (HS) untuk bedah siasat dan polis mengklasifikasikan kes terbabit sebagai bunuh dan akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK),” katanya.

Beliau meminta orang ramai yang melihat kelibat individu mencurigakan di kawasan rumah mangsa sebelum kejadian supaya menghubungi balai polis berhampiran untuk memberikan maklumat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...