Glow text generator Text generator

Terima Kasih Kepada Mereka2 Yg Mengikuti Iklaneka

[ads] Buat duit lumayan tanpa modal di Facebook, Blog & Tweeter Sekarang! Setiap klik dibayar RM0.20 hingga RM0.40! Daftar di sini #ChurpChurp

[ads] Dapatkan Produk Bioasli Anda Dan Nikmati Hidup Yang Lebih Bermakna Di sini # BioAsli

[ads] Ersano Perfume 1 lagi produk keluaran anak tempatan menampilkan 13 jenis haruman yang menawan, pastinya tiada alkohol. # Haruman Menawan Pasti Berkenan

Monday, September 12, 2011

Bayi Dengan Otak Di Luar


JOHOR BAHRU: Kegembiraan sepasang suami isteri dikurniakan anak selepas menanti hampir enam tahun bertukar duka apabila bayi itu yang lahir pada tarikh keramat 31 Ogos lalu mengalami kecacatan otak berada di luar tempurung kepalanya.

DERITA...keadaan Eyrshah dengan otaknya di luar kepala.
Lebih menyedihkan, bayi lelaki itu disahkan doktor menunggu masa untuk pergi buat selama-lamanya kini ditempatkan di bawah kawalan doktor pakar Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini.

Bapa bayi yang diberi nama Eyrshah Elman itu, Erywan Yaacob, 32, menyifatkan akur nasib menimpa bayinya, namun dia dan isteri, Noraishah Alaby, 32, kesal dengan kegagalan petugas sebuah klinik kesihatan berhampiran rumahnya di Gelang Petah yang tidak dapat mengenal pasti masalah kandungan isterinya sejak awal.


“Setiap kali menjalankan pemeriksaan, doktor dan jururawat di klinik itu menyatakan isteri dan bayi di dalam kandungan sihat dan selamat.

“Sehingga seminggu sebelum kelahirannya, doktor di klinik kesihatan terbabit menghantar isteri ke HSA kerana menurutnya kandungan mengalami masalah dan memerlukan pengawasan doktor pakar,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Erywan yang juga pembantu jurutera berkata, doktor di HSA memberitahu, keadaan bayi itu di luar jangkaan kerana kes berkenaan yang pertama berlaku di negeri ini dan antara kes terawal di negara.




“Tetapi, saya kesal doktor dan jururawat di klinik kesihatan terbabit tidak dapat mengenal pasti punca masalah kandungan isteri, sedangkan menurut doktor di HSA, masalah seperti itu sepatutnya boleh dikesan ketika kandungan berusia empat atau lima bulan.

“Hancur dan hiba hati terutama isteri sebaik melihat cahaya mata pertama kami yang dinantikan hampir enam tahun dilahirkan dalam keadaan sungguh menyedihkan.

“Menitis air mata kami setiap kali memandangnya yang kelihatan amat menderita dengan keadaan otaknya di bahagian luar. “Jika doktor dan jururawat klinik kesihatan itu dapat mengesan masalah ini dari awal, anak saya mungkin tidak menderita. “Kini, kami berserah ke hadrat Ilahi dengan apa juga ketentuan, namun saya merayu mana-mana pihak terutama yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini untuk membantu,” katanya.

Menurut Erywan, tiga hari lalu dia cuba menghubungi beberapa pakar perubatan untuk bertanyakan mengenai masalah anaknya, namun semuanya memberi jawapan menghampakan.

“Doktor mengatakan kes seperti ini amat jarang terjadi dan masih menjalankan kajian berhubung cara atau kaedah terbaik bagi menyelamatkannya,” katanya.

Sesiapa yang ingin memberi bantuan atau mempunyai maklumat yang boleh membantu Eyrshah Elman boleh menghubungi Erywan di talian 017-7746696.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...