Glow text generator Text generator

Terima Kasih Kepada Mereka2 Yg Mengikuti Iklaneka

[ads] Buat duit lumayan tanpa modal di Facebook, Blog & Tweeter Sekarang! Setiap klik dibayar RM0.20 hingga RM0.40! Daftar di sini #ChurpChurp

[ads] Dapatkan Produk Bioasli Anda Dan Nikmati Hidup Yang Lebih Bermakna Di sini # BioAsli

[ads] Ersano Perfume 1 lagi produk keluaran anak tempatan menampilkan 13 jenis haruman yang menawan, pastinya tiada alkohol. # Haruman Menawan Pasti Berkenan

Thursday, April 19, 2012

'Kuliah Dataran Merdeka'


KUALA LUMPUR - Di sebalik kempen menuntut agar dimansuhkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), pihak penganjur dan aktivis mahasiswa mengadakan siri kuliah percuma dengan menamakan Dataran Merdeka sebagai 'universiti'.
 
Keadaan itu berlarutan sehingga malam tadi - malam kelima aktivis mahasiswa berkhemah di Dataran Merdeka - sebahagian daripada kempen mereka membawa tuntutan itu.
 
Jika kelmarin diadakan kuliah undang-undang, yang disampaikan oleh seorang pensyarah universiti awam, semalam diadakan bengkel melukis. Bengkel ini dikendalikan oleh Kartunis Zunar.
 
Kuliah malam tadi diadakan ketika berlangsungnya sesi latihan pertama persembahan Raja dan Rakyat Berpisah Tiada'. Persembahan itu akan berlangsung Sabtu ini.
 
Pengerusi Malaysia Bangkit, Mohd Syahid Zaini berkata, sehingga semalam pihaknya tidak menghadapi sebarang masalah memandangkan mendapat sokongan dan bantuan pelbagai pihak.

Menurutnya, mahasiswa juga akan mengisi program dengan mengadakan ‘Universiti Dataran Merdeka’ yang terbuka kepada semua bagi membuktikan pendidikan percuma boleh dilaksanakan.
 
“Kita akan adakan kelas Bahasa Mandarin, Arab dan kelas lukisan, ia adalah sumba­ngan mahasiswa,” katanya.
 
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hanya membenarkan dua khemah didirikan di kawasan diduduki sekumpulan mahasiswa di Dataran Merdeka, semalam.
 
Persetujuan ini dicapai kedua-dua pihak selepas perbincangan dibuat dan mahasiswa sendiri mengambil keputusan menurunkan sendiri khemah tanpa kekasaran.
 
Kira-kira jam 8.30 pagi semalam, seorang pegawai DBKL hadir meminta mahasiswa mengosongkan tempat perkhemahan kerana melanggar Undang-undang Kecil Dataran Merdeka dan meminta mereka berbuat demikian dalam tempoh lima minit.
 
Ditanya sama ada mereka akan menambah khemah selepas ini, Mohd Syahid berkata, mereka akan cuba menambah khemah dari semasa ke semasa.
 
“Kami akan kekal berkhemah di sini. Buat sementara waktu, bilangan khemah akan dikurangkan sebagai menghormati mereka di atas pertimbangan toleransi. Untuk sebelah petang dan malam, kami akan dirikan khemah semula untuk sesi kuliah,” katanya.
 
Enam khemah dirampas oleh DBKL sejak Ahad lalu.
 
Sementara itu, tinjauan Sinar Harian mendapati tiada lagi potret Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang dikalung bunga malai, di persekitaran lokasi mahasiswa terbabit berhimpun dan mendirikan khemah.
 
Sabtu lalu, demonstrasi menuntut dimansuhkan PTPTN, yang diperkenalkan pada 1997, menarik kira-kira 300 mahasiswa dan mereka berarak dari Kompleks Sogo ke Dataran Merdeka. Mereka berkhemah di lokasi bersejarah itu sejak petang Sabtu lalu.
 
Mahasiswa dikatakan akan terus berada di Dataran Merdeka sehingga 28 April ini menunggu kehadiran penyokong untuk Himpunan Bersih 3.0 Duduk Bantah bagi menuntut sistem pilihan raya yang bersih dan adil.
 
Di sebalik perkembangan itu, timbul persoalan sama ada matlamat aktivis mahasiswa itu sudah tercapai atau tidak selepas lima hari mereka berkhemah.
Fahmi Reza, 34, yang juga aktivis sosial berkata, Dataran Merdeka adalah milik rakyat dan oleh itu, perlu meminta izin dengan pihak berkuasa tempatan itu.
"'Kami ingin cipta ruang sendiri. Kami ingin menjadikan Dataran Merdeka ini milik rakyat. Terbuka kepada semua orang tidak mengira kaum. Kami membuat satu 'sidang rakyat' dan kuliah-kuliah secara percuma setiap malam sepanjang perhimpunan ini. Kalau di universiti-universiti formal, ia (kuliah) adalah berbayar tapi di sini percuma," kata beliau ketika ditemui wartawan Sinar Harian Online.
''Kami tidak lari membuat aktiviti-aktiviti di sini. Kalau buat sidang rakyat di sini tak perlu bayar sewa contohnya di Parlimen dan dewan-dewan lain kena bayar. Kami tak mampu nak bayar. Kalau di Dataran Merdeka, ia percuma. Kami mengikut prinsip bahawa ilmu tidak boleh dijual beli ia seharusnya dikongsi bersama," katanya.
Beliau menambah, "matlamatnya ialah bagi membincangkan isu, bertukar pendapat dan mencari penyelesaian bersama. Kami nak buktikan kita boleh berhimpun secara aman tidak semestinya membantah dan mengganggu ketenteraman awam'."
'Kami bergabung dengan aktivis-aktivis mahasiswa menjadikan Dataran Merdeka sebagai Universiti Dataran Merdeka. Kami mengalu-alukan pensyarah atau sesiapa sahaja yang ingin mengadakan ceramah atau program lain di sini secara percuma.
''Bagi saya matlamat sudah tercapai. Kami sudah dapat menggunakan ruang awam ini. Kita cipta sendiri dan kerajaan patut meraikan kesungguhan kami sebagai generasi masa hadapan kerana kami sudah buktikan,'' katanya lagi.
Walaupun pihak DBKL mengarahkan mereka menurunkan khemah, tetapi mereka tetap setia dan akan berkumpul di sini sehingga 28 April ini dan masih menunggu respons dari kerajaan mengenai tuntutan mereka.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...