Glow text generator Text generator

Terima Kasih Kepada Mereka2 Yg Mengikuti Iklaneka

[ads] Buat duit lumayan tanpa modal di Facebook, Blog & Tweeter Sekarang! Setiap klik dibayar RM0.20 hingga RM0.40! Daftar di sini #ChurpChurp

[ads] Dapatkan Produk Bioasli Anda Dan Nikmati Hidup Yang Lebih Bermakna Di sini # BioAsli

[ads] Ersano Perfume 1 lagi produk keluaran anak tempatan menampilkan 13 jenis haruman yang menawan, pastinya tiada alkohol. # Haruman Menawan Pasti Berkenan

Saturday, April 14, 2012

Curi cap jari isteri untuk poligami


BESUT - Seorang suami berusia 55 tahun sanggup mencuri cap ibu jari tangan isterinya yang sedang tidur dalam usahanya berkahwin dua.

Kejadian itu disedari isteri pertama lelaki itu pada malam Isnin lalu apabila rahsia suaminya berkahwin seorang lagi pecah.
'Perang besar' tercetus antara pasangan dari sebuah kampung dekat Kampung Tembila, kira-kira 11.59 malam Isnin lalu, apabila suaminya memberitahu telah berkahwin dengan seorang wanita di selatan Thailand, Februari lepas.
Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria


Difahamkan, selepas didesak isteri pertamanya, lelaki itu memberitahu, dia sudah mendapatkan persetujuan isterinya itu bagi pengesahan pernikahan apabila si isteri menurunkan cap ibu jarinya pada satu borang khas.
Isterinya berang kerana tidak pernah berbuat demikian lalu membuat laporan polis mendakwa suaminya mencuri cap jarinya ketika tidur tanpa kerelaannya, pada keesokan hari.
Dikatakan, tujuan suaminya mencuri cap jari itu adalah bagi pengesahan pernikahan dengan isteri keduanya yang dilakukan di negara jiran.
Wanita itu pula langsung tidak sedar kejadian tersebut, malah tidak perasan sama ada terdapat kesan pewarna hitam pada ibu jarinya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan itu Selasa lalu, yang dibuat di Balai Polis Jertih.
Kata beliau, tujuan wanita itu membuat laporan polis adalah bagi memanjangkan kes ini ke pejabat agama daerah atau mahkamah rendah syariah.
Dalam pada itu, Pegawai Agama Daerah Besut, Azmi Tengah memberitahu, dalam masa terdekat ini pihaknya belum lagi menerima aduan mengenai kes itu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...