Glow text generator Text generator

Terima Kasih Kepada Mereka2 Yg Mengikuti Iklaneka

[ads] Buat duit lumayan tanpa modal di Facebook, Blog & Tweeter Sekarang! Setiap klik dibayar RM0.20 hingga RM0.40! Daftar di sini #ChurpChurp

[ads] Dapatkan Produk Bioasli Anda Dan Nikmati Hidup Yang Lebih Bermakna Di sini # BioAsli

[ads] Ersano Perfume 1 lagi produk keluaran anak tempatan menampilkan 13 jenis haruman yang menawan, pastinya tiada alkohol. # Haruman Menawan Pasti Berkenan

Sunday, September 25, 2011

Memey, Norman Akhiri Kontroversi


KOTA TINGGI: Detik yang dinanti membuatkan pelakon sensasi Memey Suhaiza, 23, sebak sebaik menjadi isteri kepada Norman Hakim, 35. Hampir tiga tahun berdepan cemuhan dan pandangan serong masyarakat, pasangan Norman dan Memey akhirnya selamat diijabkabulkan di kediaman keluarga pengantin perempuan di Felda Tenggaroh Selatan 1, petang semalam.

SUDAH SAH... Norman dan Memey diapit anak-anak Norman, selepas majlis akad nikah.
Dengan hanya sekali lafaz, Norman atau nama sebenarnya Mohamed Norhakim Zaidun sah bergelar suami Memey dalam majlis akad nikah yang diadakan pada jam 5.15 petang semalam.

Dalam majlis pernikahan itu, Norman memberi lima dulang hantaran kepada pengantin perempuan dengan jumlah wang hantaran RM24,000 dan dibalas tujuh dulang hantaran daripada pihak Memey.


Majlis diadakan selepas solat Asar itu menerima tajaan pelbagai pihak, termasuk bagi sesi videografi yang diuruskan Ezuwan Tazri Studio Production, Iezla Bridal, Antika Bridal, PLU Creative bagi penyediaan hantaran dan solekan daripada Tiar Zainal.

Sebelum ini Norman dan Memey mencetuskan kontroversi apabila ditangkap atas tuduhan berkhalwat di pejabat Norman di 4-1A, Jalan UP 1/2, Taman Ukay Perdana, Hulu Klang pada 30 Oktober 2008, sekitar jam 3 pagi.

Mereka kemudian didakwa mengikut Seksyen 29 (1) (a) dan Seksyen 29 (1) (b) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda RM3,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.




Bagaimanapun, selepas melalui episod perbicaraan panjang, keputusan Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada 29 Julai lalu membebaskan mereka daripada tuduhan berkhalwat.

Keputusan dibuat Hakim Mahkamah Rendah Syariah, Salehan Yatim yang berpuas hati apabila pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap pertuduhan, disambut dengan linangan air mata oleh pasangan ini.


Ketika kes masih berjalan, Norman dan Memey mengambil keputusan melangsungkan pertunangan pada 13 September 2010 di kediaman keluarga Memey di sini.

ni perkahwinan kedua Norman selepas perkahwinan dengan Abby Abadi selama lapan tahun dengan dikurniakan tiga anak, Mohamed Danish Hakim, 8, Marissa Dania Hakim, 6, dan Maria Danisha Hakim, 3.

Majlis resepsi perkahwinan mereka untuk saudara mara, penduduk kampung serta masyarakat sekitar daerah ini berlangsung di Felda Tenggaroh Selatan 1 pada hari ini dan diadakan secara rewang atau gotong-royong.

Sementara itu, majlis resepsi di Kuala Lumpur akan diadakan pada 28 September ini di Hotel Crowne Plaza Mutiara, Kuala Lumpur bernilai RM12 juta membabitkan penajaan Rafflesia The Pearl Centre selaku penaja utama serta Profesor Datuk Jimmy Choo yang menaja dua kasut, Snips, Lord’s Tailor dan Hotel Crowne Plaza Mutiara.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...