Glow text generator Text generator

Terima Kasih Kepada Mereka2 Yg Mengikuti Iklaneka

[ads] Buat duit lumayan tanpa modal di Facebook, Blog & Tweeter Sekarang! Setiap klik dibayar RM0.20 hingga RM0.40! Daftar di sini #ChurpChurp

[ads] Dapatkan Produk Bioasli Anda Dan Nikmati Hidup Yang Lebih Bermakna Di sini # BioAsli

[ads] Ersano Perfume 1 lagi produk keluaran anak tempatan menampilkan 13 jenis haruman yang menawan, pastinya tiada alkohol. # Haruman Menawan Pasti Berkenan

Monday, July 11, 2011

Duda Dibunuh Di Belakang Pasar Awam.


ALOR GAJAH: Seorang lelaki ditemui mati dalam keadaan menyedihkan dengan parah di muka dipercayai dibunuh dalam sebuah pondok di belakang Pasar Awam Masjid Tanah, malam kelmarin.

SIASAT...anggota forensik melakukan siasatan kejadian bunuh di belakang Pasar Awam Masjid Tanah, semalam. Gambar kecil, Nasafri.
Dalam kejadian jam 10.30 malam, mayat Nasafri Ismail, 41, ditemui terbaring berlumuran darah oleh pencari barang terpakai yang juga rakan karibnya.

Menurut pencari barang terpakai dikenali sebagai Zali, 50-an, dia mulanya menyangka rakannya itu tidur ketika tiba di pondok berkenaan.

“Rakan saya terbaring di atas kotak dan kertas yang saya kumpulkan siang tadi (kelmarin) untuk dibawa balik dengan kedua-dua selipar dijadikan bantal.



“Saya mencuit kakinya, namun dia tidak bergerak lalu menyalakan pemetik api dan terkejut apabila melihat muka dan kepalanya berlumuran darah,” katanya.

Zali berkata, dia segera memberitahu seorang lagi rakannya yang kebetulan berada di situ sebelum menghubungi polis memaklumkan kejadian itu.

Katanya, kali terakhir dia berjumpa dengan Nasafri adalah dua jam sebelum itu di sebuah kedai makan tidak jauh dari tempat mangsa ditemui mati.

Harian Metro difahamkan, mangsa seorang duda hidup sebatang kara dan bekerja di pasar awam berkenaan sejak setahun lalu. Lelaki dikenali dengan panggilan ‘Pahang atau Bai’ berasal dari negeri Pahang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin berkata, sepasukan polis digerakkan ke lokasi sebaik dimaklumkan kejadian itu.

“Berdasarkan kepada siasatan awal, lelaki itu dipercayai mati akibat pukulan menggunakan objek tumpul di belakang kepala.

“Setakat ini, kami belum mengenal pasti motif sebenar pembunuhan itu dan siasatan lanjut mengenainya sedang giat dilakukan,” katanya.

Beliau berkata, kejadian ini juga tidak bermotifkan samun kerana kerana semua barang berharga termasuk beg duit dan jam tangan mangsa tidak diusik.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Bilik Mayat Hospital Melaka untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sepasukan polis dari Unit Forensik dan Anjing Pengesan (K9) dikejarkan ke lokasi kejadian bagi membantu kerja-kerja penyiasatan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu boleh tampil menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah di talian 06-5562222 atau balai polis berhampiran.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...