Glow text generator Text generator

Terima Kasih Kepada Mereka2 Yg Mengikuti Iklaneka

[ads] Buat duit lumayan tanpa modal di Facebook, Blog & Tweeter Sekarang! Setiap klik dibayar RM0.20 hingga RM0.40! Daftar di sini #ChurpChurp

[ads] Dapatkan Produk Bioasli Anda Dan Nikmati Hidup Yang Lebih Bermakna Di sini # BioAsli

[ads] Ersano Perfume 1 lagi produk keluaran anak tempatan menampilkan 13 jenis haruman yang menawan, pastinya tiada alkohol. # Haruman Menawan Pasti Berkenan

Friday, June 24, 2011

Jakim tidak IKTIRAF UKM dalam ujian ALKOHOL minuman BARBICAN



Ujian makmal Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan makmal swasta yang mendakwa minuman ‘bir halal’ didapati bebas alkohol awal Jun lalu, tidak disahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang hanya bersandarkan keputusan rasmi makmal Jabatan Kimia Malaysia saja.



Sumber Jakim berkata, tindakan inisiatif diambil syarikat pengedar dengan menghantar sampel botol minuman itu untuk ujian tidak diambil kira Jakim berikutan pihaknya masih menunggu laporan kedua hasil ujian dilakukan di jabatan kimia itu.

Jabatan Agama Johor (JAJ) bulan lalu mendakwa sudah menghantar sampel minuman itu ke jabatan kimia sebelum keputusan mendapati ia mengandungi 0.5 peratus jumlah alkohol menyebabkan minuman itu berstatus haram. “Tindakan diambil pihak syarikat dengan menghantar sampel minuman botol terbabit bukanlah satu halangan, namun keputusan muktamad hanya akan dikeluarkan Jabatan Kimia Malaysia kepada Jakim.

“Jakim kemudian akan merujuk kepada Majlis Fatwa Kebangsaan untuk mendapatkan keputusan berhubung hukum meminum minuman botol berkenaan,” katanya.

Menurutnya, setakat ini, Jakim sudah mengumpul sampel empat jenama minuman botol daripada empat syarikat pengedar berbeza di negara ini.

“Semua sampel produk minuman berkenaan yang mempunyai perisa buah-buahan sudah dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia untuk dianalisis dan masih menunggu keputusan terperinci,” katanya.
Sumber itu berkata, soal halal atau haram sesuatu minuman bukan hanya bergantung pada kandungan alkohol semata-mata, malah proses pembuatannya turut diambil kira.

“Tidak mustahil pegawai Jakim dihantar ke negara Timur Tengah tidak lama lagi bagi melawat sendiri kilang memproses minuman berkenaan bagi mengenal pasti kaedah pembuatannya.

“Jika minuman itu dikilangkan bersama minuman keras atau minuman lain yang mengandungi alkohol, maka hukumannya tetap haram diminum,” katanya.

Menurutnya, Jakim masih menunggu ‘lampu hijau’ daripada Majlis Fatwa Kebangsaan bagi melakukan siasatan lebih terperinci terhadap kilang minuman itu.

“Apapun pengguna Islam dinasihatkan bersabar dan tidak cepat membuat andaian awal sehingga keputusan rasmi dikeluarkan Majlis Fatwa Kebangsaan tidak lama lagi,” katanya.

Dalam kenyataan media sebelum ini, Pengarah Suria Wholesaler Sdn. Bhd., Ahmad Al Yateem mendakwa minuman jenama Barbican yang dihantar ke UKM didapati bebas elemen alkohol.

Laporan itu diterima pada 7 Jun lalu selepas syarikat berkenaan menghantar sampel minuman edaran pihaknya ke UKM pada 1 Jun lalu.

Sementara itu, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, Jakim perlu melakukan pemeriksaan khusus termasuk pergi ke kilang pengeluar untuk mendapatkan pengesahan punca alkohol berkenaan sebelum ia boleh dikatakan halal.

Menurutnya, perkara perlu dilakukan ialah mengenalpasti sama ada kandungan alkohol dalam minuman itu alkohol campuran atau alkohol semula jadi daripada buah.

“Jika minuman itu dicampur alkohol, hukumnya adalah haram meminumnya tidak kira jumlah peratusan kandungannyaTapi ia bergantung kepada punca alkohol itu.

“Hanya pengesahan daripada pihak bertanggungjawab dalam perkara ini boleh diterima pakai demi mengelak kekeliruan kalangan umat Islam mengenai statusnya,” katanya. -HM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...