Glow text generator Text generator

Terima Kasih Kepada Mereka2 Yg Mengikuti Iklaneka

[ads] Buat duit lumayan tanpa modal di Facebook, Blog & Tweeter Sekarang! Setiap klik dibayar RM0.20 hingga RM0.40! Daftar di sini #ChurpChurp

[ads] Dapatkan Produk Bioasli Anda Dan Nikmati Hidup Yang Lebih Bermakna Di sini # BioAsli

[ads] Ersano Perfume 1 lagi produk keluaran anak tempatan menampilkan 13 jenis haruman yang menawan, pastinya tiada alkohol. # Haruman Menawan Pasti Berkenan

Sunday, June 12, 2011

Kelar Anak Saudara


SANDAKAN: Tidak tahan mendengar tiga anak saudaranya berbuat bising, seorang lelaki berusia 20-an merodok dan mengelar tiga kanak-kanak itu menggunakan pisau hingga menyebabkan seorang maut di pangsapuri Majlis Pembandaran Sandakan, Jalan Batu Sapi, di sini, kelmarin.

SELAMAT... Awang Ahmad bersama isterinya melawat Mohd Fadli yang cedera di hospital Duchess Of Kent, Sandakan.
Dalam kejadian jam 12 tengah hari, Mohd Khairadri Awang Ahmad, 6, ditemui mati dalam keadaan ngeri akibat cedera parah di perut, dipercayai dirodok dengan senjata tajam.

Abangnya, Mohd Fadli Zairi, 12, turut dikelar di dada manakala kakaknya, Nur Salinah, 10, cedera di pergelangan tangan. Kedua-dua mereka kini dirawat di Hospital Duchess of Kent dan dikatakan masih trauma.


Difahamkan, ibu bapa mangsa tiada di rumah ketika kejadian kerana bekerja dan meninggalkan anak mereka bersendirian, sementara suspek menetap di tingkat bawah rumah pasangan itu.

Suspek dikatakan berehat di rumahnya manakala tiga beradik itu bermain di rumah mereka.

Bagaimanapun, suspek yang terganggu dengan perbuatan anak buahnya yang nakal itu menegur mereka supaya tidak berbuat bising.



Namun, arahan lelaki berkenaan hanya bertahan seketika apabila ketiga-tiga beradik itu kemudian mengulangi perbuatan sama dengan berbuat bising.

Keadaan itu menyebabkan suspek berang dan terus menuju ke rumah mangsa di tingkat atas lalu memarahi mereka.


Selepas dimarahi, suspek secara tiba-tiba menuju ke dapur dan mengambil sebilah pisau sebelum menikam dan mengelar tiga beradik itu.

Selepas merodok perut Mohd Khairadri, suspek mengelar Mohd Fadli di dada manakala Nur Salinah dikelar di pergelangan tangan.

Bagaimanapun, Mohd Fadli dan Nur Salinah sempat melarikan diri dan meminta bantuan jiran bersebelahan rumah.

Terkejut melihat kedua-dua beradik itu berlumuran darah, jiran terbabit terus menuju ke rumah mangsa dan melihat Mohd Khairadri terbaring berlumuran darah dalam keadaan tidak bermaya manakala suspek melarikan diri.

Jiran mangsa kemudian membawa tiga kanak-kanak itu ke hospital untuk mendapatkan rawatan sebelum Mohd Khairadri disahkan meninggal dunia.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sandakan, Superintendan Fadzil Mohd Ali ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan suspek ditahan kira-kira jam 8 pagi semalam di stesen minyak di Jalan Karamunting.

“Suspek kini ditahan bagi membantu siasatan dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...