Glow text generator Text generator

Terima Kasih Kepada Mereka2 Yg Mengikuti Iklaneka

[ads] Buat duit lumayan tanpa modal di Facebook, Blog & Tweeter Sekarang! Setiap klik dibayar RM0.20 hingga RM0.40! Daftar di sini #ChurpChurp

[ads] Dapatkan Produk Bioasli Anda Dan Nikmati Hidup Yang Lebih Bermakna Di sini # BioAsli

[ads] Ersano Perfume 1 lagi produk keluaran anak tempatan menampilkan 13 jenis haruman yang menawan, pastinya tiada alkohol. # Haruman Menawan Pasti Berkenan

Monday, June 20, 2011

Bola Malaysia....


BIARPUN kedudukan skuad negara untuk melepasi halangan pusingan kedua Olimpik London 2012 masih belum terjamin, seri 0-0 dengan Lubnan pada aksi pertama di Beirut memberi sedikit kelebihan apabila mereka bertemu sekali lagi di Stadium Bukit Jalil, Khamis ini.

REBUT...Pemain bolasepak Malaysia, Faizal Abu Bakar (jersi 9) bertembung dengan pemain Lubnan, Mahmoud Kojok (jersi 16) dalam perlawanan bolesepak antara Malaysia dan Lubnan di Beirut. Foto: Supian Ahmad
Walaupun gagal mencatat kemenangan dengan aksi positif di tempat lawan, sekurang-kurangnya anak buah Ong Kim Swee boleh pulang ke tanah air dengan lapang dada kerana berjaya mengelak lawan daripada mendapat bekalan berharga untuk perlawanan kedua nanti.

“Misi kami di sini (Beirut) boleh dianggap berjaya kerana mencatat keputusan seri dan tidak membenarkan mereka (pemain Lubnan) mendapat gol.

“Tapi, agak kecewa sedikit kerana kami hampir mencatat kemenangan jika pemain tidak mensesiakan banyak peluang.



“Bagaimanapun, dengan keputusan ini, moral pemain kembali meningkat dan yakin untuk beraksi pada perlawanan kedua di Kuala Lumpur,” katanya yang ditemui selepas tamat perlawanan.

Aksi awal perlawanan yang berlangsung di Stadium Camille Chamoun Sports City, Beirut tampak hambar apabila kedua-dua pasukan terlalu berhati-hati mengatur permainan.

Berbekalkan sorakan semangat yang diberikan lebih 300 penyokong yang kebanyakannya anggota tentera daripada pasukan Malbatt dan Malcon Malaysia yang bertugas menjaga keselamatan di Lubnan, skuad negara yang pada mulanya tenggelam berjaya mengancam kubu tuan rumah.

Asakan awal bermula dengan rembatan pemain sayap kanan Wan Zack Haikal Wan Nor yang Berjaya ditepis penjaga gol tuan rumah Mohamad Dakramanji pada minit ke-11.

Seminit kemudian Malaysia terlepas peluang terbaik apabila tandukan Izzaq Faris Ramlan melambung tinggi walaupun mendapat hantaran cantik Fandi Othman di depan pintu gol.

Bagaimanapun, Lubnan yang dikendalikan jurulatih Samir Saad hampir mendahului pada minit ke-32 namun rembatan kencang Hassan Chaito sedikit tersasar walaupun penjaga gol negara, Khairul Fahmi Che Mat sudah tertewas.

Pada babak kedua beberapa peluang Malaysia yang terhidang gagal disempurnakan dengan baik oleh Wan Zack dan penyerang gantian Syahrul Azwari Ibrahim sekali gus menyaksikan perlawanan berkesudahan seri tanpa jaringan.

Namun Kim Swee tetap berpuas hati dengan komitmen pemain selepas dikritik hebat gara-gara aksi buruk dalam perlawanan persahabatan dengan Kemboja dan Qatar sebelum ini.

“Strategi kami menjadi kerana tidak membenarkan pemain Lubnan bermaharajalela di tempat mereka, saya berharap pemain-pemain dapat menunjukkan prestasi lebih baik untuk memastikan kita layak ke pusingan seterusnya,” katanya.

Skuad Olimpik negara sebelum ini layak ke pusingan kedua selepas mengatasi Pakistan menerusi agregat 2-0 Mac lalu.

Jika melepasi pusingan kedua, mereka akan layak bersaing ke peringkat kumpulan bagi merebut slot ke Olimpik London 2012.

Kali terakhir Malaysia layak ke temasya sukan terbesar itu di Olimpik Moscow 1980 selepas beraksi di Olimpik Munich 1972.



MALAYSIA: Khairul Fahmi Che Mat (C), Mohd Zubir Azmi, Mohd Fadhli Shas, Mohd Muslim Ahmad, Mohd Irfan Fazail, K Gurusamy, Gary Steven Robart, Wan Zack Haikal Wan Nor, Mohd Fandi Othman, Mahali Jasuli, Izzaq Faris Ramlan.

LUBNAN: Mohamad Dakramanji, Omar Quaida, Nour Mansour, Ali Bazzi, Chad Atie, Hassan Chaito, Abdallah Taleb, Haitham Faour, Mohamad Haidar, Mahmoud Kojok, Kassem Leila.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...