Glow text generator Text generator

Terima Kasih Kepada Mereka2 Yg Mengikuti Iklaneka

[ads] Buat duit lumayan tanpa modal di Facebook, Blog & Tweeter Sekarang! Setiap klik dibayar RM0.20 hingga RM0.40! Daftar di sini #ChurpChurp

[ads] Dapatkan Produk Bioasli Anda Dan Nikmati Hidup Yang Lebih Bermakna Di sini # BioAsli

[ads] Ersano Perfume 1 lagi produk keluaran anak tempatan menampilkan 13 jenis haruman yang menawan, pastinya tiada alkohol. # Haruman Menawan Pasti Berkenan

Saturday, August 20, 2011

Tauke Senjata Api


KANGAR: Serbuan ke atas sebuah rumah di Taman Perlis, dekat sini, kelmarin membongkar kegiatan penyeludupan senjata api apabila polis menemui ribuan peluru, beberapa pucuk pistol dan senapang patah serta menahan dua beradik yang disyaki menjadi dalang aktiviti haram itu.

Serbuan dilakukan sepasukan anggota polis Cawangan Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri kira-kira jam 12 tengah hari.

TAHAN...dua beradik disyaki dalang seludup senjata api ditahan.Ketua Polis Negeri, Senior Asisten Komisioner Zul Aznam Haron berkata, dalam serbuan itu, pihaknya menahan dua beradik lelaki berusia 35 dan 45 tahun di rumah berkenaan dan di sebuah kedai besi.

Menurutnya, penahanan mereka membawa kepada serbuan termasuk ke atas sebuah stor sebelum menemui senjata api, peluru dan bahan letupan yang disimpan di atas kabinet serta but kereta.


“Polis menemui empat pucuk pistol iaitu dua Revolver .38 dan masing-masing satu model Barreta serta Glock selain selaras senapang patah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...