Glow text generator Text generator

Terima Kasih Kepada Mereka2 Yg Mengikuti Iklaneka

[ads] Buat duit lumayan tanpa modal di Facebook, Blog & Tweeter Sekarang! Setiap klik dibayar RM0.20 hingga RM0.40! Daftar di sini #ChurpChurp

[ads] Dapatkan Produk Bioasli Anda Dan Nikmati Hidup Yang Lebih Bermakna Di sini # BioAsli

[ads] Ersano Perfume 1 lagi produk keluaran anak tempatan menampilkan 13 jenis haruman yang menawan, pastinya tiada alkohol. # Haruman Menawan Pasti Berkenan

Thursday, August 4, 2011

Presiden FAM Sedia Bantu Fahmi


SEDIA BANTU
MUADZAM SHAH: Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah sedia membantu menyelesaikan kemelut melanda penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat, dilaporkan berdepan masalah tunangnya, Aimie Harmelia Mohd Hashumi, 22.


Walaupun tidak tahu hujung pangkal mengenai kontroversi melanda pasangan berkenaan, Tengku Abdullah tetap bersedia ditemui Khairul Fahmi andai pemain dianggap hero skuad Harimau Malaya ketika pertemuan kelayakan Piala Dunia dengan Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil itu mahu berkongsi masalah berkenaan dengannya.

“Setakat ini saya tidak dimaklumkan masalah sebenar dihadapi Khairul Fahmi. Tetapi, kalau dia ada masalah peribadi sehingga menjejaskan tumpuannya di dalam bola sepak, saya fikir eloklah jumpa jurulatih atau pengurusan terlebih dulu sebelum jumpa saya.

“Apapun, saya terima menghadap Khairul Fahmi jika dia mahu berjumpa dan sedia mendengar segala krisis yang melanda dirinya. Perkara ini lebih elok disuarakan dia sendiri kepada saya daripada mendengarnya daripada pihak lain,” katanya.

Khairul Fahmi atau lebih dikenali sebagai Apek yang baru tiga bulan mengikat tali pertunangan dengan Aimie Harmelia pelajar Diploma Perbankan, Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Machang, Kelantan itu dilaporkan tidak lagi sehaluan dan Apek sedia memutuskan ikatan itu mengikut adat.

Apek ketika ini berada di Vion, Slovakia bagi menjalani latihan intensif bersama skuad bawah 23 tahun negara dan turut dijadualkan mengharungi tujuh perlawanan persahabatan menentang pasukan divisyen satu Liga Slovakia sebelum pulang ke tanah air pada 28 Ogos.

Sejurus pulang ke tanah air nanti, Skuad Olimpik negara ditempatkan dalam Kumpulan C kelayakan Olimpik London 2012 bersama Jepun, Syria dan Bahrain akan berlepas ke Korea Selatan bagi menghadapi perlawanan persahabatan sebelum bertemu skuad Young Samurai untuk perlawanan pertama saingan peringkat kumpulan pada 21 September ini.

Skuad Olimpik negara dijadual menentang Syria pada 23 November manakala perlawanan bertemu Bahrain pula akan dilangsungkan empat hari kemudian masing-masing di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Tengku Abdullah berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kontroversi putus tunang yang dihadapi penjaga gol muda itu selepas menunaikan solat Maghrib di Masjid al-Muadzam Shah, di sini, kelmarin.

Terdahulu, baginda yang juga Tengku Mahkota Pahang mengurniakan zakat dan sumbangan kepada 1,950 asnaf dan golongan kurang bernasib baik dalam kawasan Parlimen Rompin serta majlis berbuka puasa bersama 3,000 penduduk.

Turut hadir, Tengku Puan Pahang, Tengku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan Ahli Parlimen Rompin, Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis.

Akhbar ini semalam melaporkan, Khairul Fahmi mengesahkan akan memulangkan cincin pertunangan kepada keluarga Aimie Harmelia atau Elia dalam masa terdekat mengikut adat Melayu disempurnakan keluarga angkatnya di Kuala Lumpur.

Khairul Fahmi bertunang dengan Elia yang juga penulis blog jejariruncing pada 17 Mei lalu di kediaman pihak perempuan di Taman Keramat, Kuala Lumpur dan hanya dihadiri keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.

Namun, ikatan itu terlerai selepas Khairul Fahmi dikatakan mempunyai hubungan dengan wanita lain dan ia diakui Elia sendiri yang mendakwa kewujudan orang ketiga menjadi punca pertunangan mereka terputus.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...