KUANTAN: Kemunculan seekor anak buaya tembaga berukuran 76 sentimeter dengan mulutnya diikat dengan pita pelekat berhampiran rumah seorang penduduk di Jalan Haji Junid kelmarin, menimbulkan tanda tanya.
Anak buaya tembaga itu ditemui di tempat letak kasut rumah peniaga, Woon Wee Kee, 51, kira-kira jam 7 malam oleh anaknya yang baru pulang dari tempat kerja.
Menurut Woon, ketika kejadian dia tiada di rumah, tetapi segera pulang selepas dihubungi anak lelakinya mengenai penemuan anak buaya itu.
Katanya, sebaik sampai di rumah dia seperti tidak percaya melihat anak buaya yang sudah ditempatkan dalam kotak, malah kejadian itu juga dianggap pelik kerana tidak tahu dari mana reptilia itu muncul.
“Kami memberi haiwan ini minum air bagi mengelak ia mati“Haiwan berkenaan juga jinak apabila dipegang,” katanya yang menjalankan perniagaan kedai buku di Taman Tas.