KLUANG: “Saya terkejut lelaki itu berkata tunggu esok pasti mayat mereka timbul,” kata Ravi, 45, jiran kepada seorang lelaki yang menolak tiga anaknya ke dalam kolam hingga lemas, malam kelmarin.
Dalam kejadian jam 7.30 malam, suspek dipercayai menolak tiga anaknya, iaitu dua perempuan berusia tiga dan lima tahun serta lelaki berumur dua tahun, ke dalam kolam takungan air kira-kira 500 meter dari rumah mereka di Ladang Lambak/Elaeis, Mengkibol di sini.
Menurut Ravi, sebelum kejadian dia melihat lelaki berusia 29 tahun itu keluar dari rumah menunggang motosikal bersama tiga anaknya.
“Tidak lama kemudian, dia kembali seorang diri hingga menimbulkan persoalan di kalangan ahli keluarganya.
“Dia enggan berkata apa-apa tapi selepas didesak, pada jam 9.30 malam dia beritahu ketiga-tiga anaknya berada dalam kolam itu,” katanya.