KUALA LUMPUR, 10 Julai: Orang ramai mula bertali arus ke Kelompok Camar, Ampang Ulu Klang bagi memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Baharudin Ahmad, 56, yang meninggal di perhimpunan Bersih semalam.
Yang sudah tiba di sini menjelang solat jenazah dan pengkebumian adalah pemimpin Bersih, Datuk S Ambiga di samping AJK PAS Pusat Khalid Samad, timbalan presiden PKR, Azmin Ali dan juga Nurul Izzah Anwar.
Malam tadi Datuk Husam Musa bersama beberapa pemimpin kanan PAS yang tidak ditangkap menziarahi jenazah Allahyarham.
Turut bersama beliau adalah Datuk Kamarudin Jaffar dan Dr Siti Mariah Mahmud.
Baharudin meninggal selepas pengsan di perkarangan KLCC dan disahkan meninggal di HKL.
Beberapa maklumat diterima sehingga kini sebagai punca kematian selepas post mortem dibuat namun ianya masih belum dapat disahkan lagi oleh Harakahdaily.
Berikut adalah gambar-gambar pagi ini.
Orang Ramai bertali arus datang menziarahi jenazah.
(Datuk S Ambiga bersama anggota Parlimen Gombak, Azmin Ali dan Nurul Izzah.)
(Jenazah sedia untuk disolatkan di surau Muqarrabin)
(Keluarga terdekat Baharudin memberikan penghormatan terakhir)
Sumber : CINA ISLAM
UPDATE
Amar singh - Pihaknya mengklasifikasikan Sebagai Mati mengejut
UPDATE
Amar singh - Pihaknya mengklasifikasikan Sebagai Mati mengejut
Baharuddin, 58, seorang ahli PAS dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) petang semalam. Difahamkan suami kepada Ketua Wanita PKR cabang Setiawangsa Rosni Melan itu melarikan diri daripada terkena semburan air berasid dan gas pemedih mata sebelum pengsan.
Amar Singh, Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, pihaknya mengklasifikasikan kes itu sebagai kematian mengejut dan menolak wujudnya unsur jenayah.
PAS mengecam pendekatan pihak berkuasa menangani Himpunan Bersih 2.0 semalam yang disifatkannya sebagai “ganas” sambil menegaskan, Putrajaya perlu bertangggungjawab ke atas kematian seorang peserta perhimpunan itu.
SUMBER : EKELE